fbpx
Cara-pantas-reply-whatsapp

Letih Layan WhatsApp? Ini Cara Automasikan Reply Whatsapp Dengan Pantas

Ini mungkin masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan peniaga online diluar sana.

REPLY WHATSAPP

Kalau 1 atau 2 whatsapp sehari mungkin boleh dilayan dan dibelai-belai (ayat prospek supaya membeli), tetapi bayangkan kalau dalam sehari hampir 20-30 whatsapp yang ingin dijawap? Memang tak menang tangan la jawabnya.

Tetapi dengan teknologi yang ada ketika ini, anda tidak lagi perlu untuk reply satu persatu whatsapp dari prospek anda. Anda boleh automasikan reply tersebut dengan satu Applikasi yang dinamakan Autoresponder for WA

Langkah-langkah untuk setup applikasi Autoresponder Whatsapp ini adalah seperti berikut:

Langkah Pertama :

Download applikasi Autoresponder for WA daripada Google Playstore.(maaf untuk iphone saya tak pasti boleh guna atau tidak)

Cara-reply-whatsapp-1

Langkah 2 :

Buka Applikasi tersebut di dalam telefon anda. Kemudian pergi ke bahagian “Rule”.Di sinilah tempat dimana kita perlu letakkan keyword yang ingin direply oleh sistem ini.

Cara-reply-whatsapp-2

Langkah 3 :

Masukkan keyword yang di ingini beserta Reply Message yang dikehendaki

Cara-reply-whatsapp-3

Untuk FeaturedPattern Matching“,”Expert Pattern Matching” dan “Welcome message” hanya terdapat pada Pro Version sahaja. RM 12.90 diperlukan untuk update ke Pro Version

Langkah 4 :

Uji semua Keyword yang telah dimasukkan di dalam Rule dengan menggunakan telefon yang lain. Pastikan kesemua keyword tersebut berfungsi sepenuhnya.

cara-reply-whatsapp-4

PERHATIAN : Sekiranya anda menghadapi masalah, pastikan anda check dan patuhi semua arahan di dalam “DOESNT WORK?” dan “DOESNT WORK ANYMORE?” (anda boleh lihat dengan klik pada 3 titik dibahagian kanan atas applikasi tersebut)

Anda juga boleh lihat tutorial lengkap dalam bentuk Video dibawah ini untuk lebih terperinci.

Semoga Bermanfaat & Jangan Lupa Tekan Butang SHARE

1 thought on “Letih Layan WhatsApp? Ini Cara Automasikan Reply Whatsapp Dengan Pantas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top