fbpx
Kenapa-Manusia-Membeli

Inilah 1 Punca Utama Kenapa Manusia Membeli Yang Perlu Anda Ketahui

“Manusia membeli kerana emosi”

Betul atau tidak?

Sebagai seorang manusia ,saya sendiri malu untuk mengaku yang saya membeli kerana emosi. Ini adalah kerana apabila saya membeli saya akan membuat keputusan berdasarkan kepada fakta dan bukan hanya emosi semata-mata.

Tetapi hakikatnya ialah memang seseorang manusia itu membeli kerana emosi.

100% setiap tindakan manusia adalah disebabkan emosi.

“Tapi saya membeli bukan sebab emosi tuan?”

Ya, seperti yang saya beritahu pada mulanya, kita sebagai manusia malu untuk mengaku yang tindakan membeli tersebut adalah disebabkan oleh emosi. Ia seolah-olah kita tiada control terhadap diri kita dan membeli mengikut perasaan.

Manusia bertindak berdasarkan emosi dan menyokong tindakan tersebut dengan logik akal

Manusia mempunyai pelbagai emosi , tetapi menurut pakar psikologi, apabila seseorang itu membuat keputusan , ianya bergantung secara langsung kepada emosi yang paling kuat pada ketika keputusan  itu ingin dibuat.

Contohnya sangat mudah, katakan seseorang prospek ini sangat berminat untuk mendapatkan produk atau servis yang anda tawarkan.

Keinginan untuk mendapatkannya sangat tinggi tetapi pada masa yang sama dia juga mempunyai emosi ketakutan untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi mendapatkan produk tersebut.

Sekiranya emosi ketakutan melebihi daripada emosi keinginan , maka jualan tidak akan terhasil.

Emosi yang paling tinggi akan mengatasi emosi yang lain dalam tindakan manusia terhadap sesuatu.

Jadi secara kesimpulannya apabila anda ingin menawarkan sesuatu (menulis ayat iklan) , pastikan terdapat elemen emosi yang di jentik di dalam tawaran tersebut.

Untuk memudahkan anda , terdapat 2 perkara yang perlu anda lakukan di dalam tawaran anda

1. Tingkatkan Keinginan Membeli

Ada banyak cara untuk meningkatkan keinginan membeli seseorang. Tetapi yang lebih penting adalah anda kena ketahui apakah keinginan mereka terlebih dahulu.

Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dan kita sebagai penjual hendaklah arif tentang perkara ini. Di sinilah pentingnya Customer Avatar bagi bisnes anda.

“Bagaimana saya nak tahu apa keinginan prsopek saya?”

Untuk mengetahui keinginan seseorang itu tidaklah sukar. Anda hanya perlu bertanya sahaja kepada mereka apa yang mereka inginkan. Ini antara senarai ringkas apa yang anda boleh lakukan :

  1. Senaraikan masalah yang produk/servis anda dapat selesaikan.
  2. Kenalpasti siapa yang ada masalah tersebut.
  3. Tanya kepada mereka apa yang mereka inginkan sekiranya masalah mereka dapat diselesaikan.
  4. Buat Survey Secara Online.

Setelah keinginan tersebut dikenalpasti , jadi lebih mudah untuk anda hasilkan satu tawaran yang khusus (Targeted Audience)

2. Kurangkan Ketakutan Membeli

Jay Abraham , seorang Guru Pemasaran yang terkenal yang telah banyak membantu Syarikat-syarikat besar dalam melariskan jualan produk dan servis mereka.

Antara senjata yang beliau gunakan untuk mengurangkan ketakutan membeli adalah ” Jangan sekadar menawarkan wang pengembalian (money back guarantee) sahaja ” tawarkan lebih daripada itu.

Antara contoh client beliau adalah sebuah syarikat yang menawarkan Kursus pembangunan bisnes dan juga kewangan. Di dalam kursus tersebut, peserta dijanjikan pulangan wang selepas 3 bulan sekiranya mereka tidak berjaya untuk mencapai jualan yang diingini.

Selain daripada itu, peserta juga boleh terus menyimpan setiap nota, DVD, dan juga Tools yang diberikan semasa sesi kursus tersebut dijalankan yang bernilai hampir USD 2000 secara percuma.

Ini adalah antara contoh bagaimana untuk mengurangkan ketakutan membeli yang anda boleh lakukan di dalam tawaran anda.

Beajar sesuatu daripada perkongsian di atas ini?

Semoga Bermanfaat & Jangan Lupa Tekan Butang SHARE.

Artikel ini juga ditulis di dalam Blog Firdaus Azizi.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top