3 Suhu Prospek Yang Anda Perlu Kenalpasti Sebelum Memulakan Iklan

0
111
3-Suhu-Prospek

Sebelum anda memulakan sesuatu Iklan , adalah wajib supaya anda kenalpasti terlebih dahulu prospek anda.

Kenapa ianya penting?

Sama juga bila anda berborak dengan orang yang anda First Time jumpa..agaknya apa perbualan yang pertama anda akan tanya kepada mereka?

Anda mesti bertanya berkaitan perkara-perkara yang umum seperti duduk di mana? Kerja di mana ? Anak berapa ? dan sebagainya. Pada permulaan perkenalan kita akan lebih berbual untuk mengenalpasti latar belakang seseorang itu.

Jika secara tiba-tiba anda terus mengenalkan produk anda pada kali pertama perjumpaan , agaknya apa respond yang akan diterima ? Saya pasti anda pun dah tahu jawapannya.

Sama juga di dalam proses memulakan kempen pemasaran..anda perlu bina hubungan terlebih dahulu dengan prospek anda.Ini kerana setiap kempen mempunyai objektif yang tertentu sama ada :

  1. Memperkenalkan bisnes anda kepada mereka yang belum pernah mendengar berkaitan bisnes anda.
  2. Memastikan Fan / Subscriber anda mendapatkan produk anda. (Convertion)
  3. Memastikan pembeli sebelum ini membeli lagi daripada anda. (Repetition Buyer)

Oleh yang demikian , terdapat pelbagai cara untuk mengenalpasti prospek dan membina hubungan dengan mereka.Salah satunya adalah dengan mengenalpasti Suhu mereka terlebih dahulu.

#1.COLD PROSPECT

Ini adalah prospek yang belum pernah mendengar lagi berkaitan dengan bisnes anda.

Ia ibarat anda pertama kali berjumpa dengan mereka dan cuba memperekenalkan diri anda kepada mereka.

Objektif untuk cold prospect ini ialah untuk memastikan mereka kenal bisnes anda.

Bagaimana untuk memastikan mereka kenal bisnes anda?

Di dalam medium online, anda boleh menggunakan Media Sosial (Facebook, Instagram,Twitter) ataupun Website.

Kalau sebagai Ejen Insuran atau Ejen Hartanah Cold Call adalah cara yang paling popular untuk mendapatkan prospek.

Antara cara paling popular untuk menarik perhatian Cold Prospect ini adalah dengan menggunakan content marketing.

#2.WARM PROSPECT

Meraka ini adalah prospek yang telah mengenali anda dan menunjukkan minat terhadap bisnes anda.

Mereka kenal bisnes anda dan tahu anda jual apa, tetapi mereka masih belum bersedia untuk mendapatkan produk anda.

Objektif untuk warm prospek ini ialah untuk menukar mereka kepada pembeli anda

Antara contoh warm prospect ini adalah seperti Fan anda di dalam facebook ataupun pembaca blog anda secara senyap.

Jika anda ingin membuat iklan kepada mereka ,pastikan anda menggunakan ayat copywriting yang khusus untuk mereka.

#3.HOT PROSPECT

Mereka ini dikategorikan sebagai orang yang telah mendapatkan produk anda , dan sangat mengenali anda.

Meraka ini tahu servisĀ after sales anda okay atau tidak..mereka tahu produk anda bagus atau tidak..dan mereka tahu anda ini boleh dipercayai atau tidak.

Cara paling simple untuk anda utilizekan mereka ini adalah dengan meminta mereka memberikan feedback/testimonial kepada anda.

Di samping itu anda boleh tawarkan something advance atau produk yang lain kepada mereka ini untuk meningkatkan sales.

Belajar Sesuatu daripada Artikel ini?

Jangan lupa Tekan Butang SHARE dibawah ini.

Artikel asal daripada Digitalmarketer.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here