3 Jenis Sales Funnel Popular Dalam Bisnes Online

3 Contoh Sales Funnel Popular dalam Bisnes Online

Seperti yang diketahui oleh umum, Sales funnel adalah satu kaedah yang digunakan untuk memandu seseorang prospek untuk membeli produk/service kita secara online.

Sebelum kita membuat sesuatu kempen pemasaran, adalah digalakkan untuk kita membina Sales Funnel terlebih dahulu.

Ianya adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti perjalanan seseorang pelanggan kita di alam maya (Internet)

Jika anda masih belum faham berkaitan Sales Funnel anda boleh dapatkan Panduan Sales Funnel secara Percuma.

Terdapat 3 Jenis Sales Funnel yang Popular dalam dunia Bisnes Online

1. Sales Funnel Webinar

Untuk webinar sales funnel ini kita akan mengambil contoh Webinar dari Tuan Faizul Ridzuan.

Bagi siapa yang tidak mengenali Tuan Faizul, beliau merupakan salah seorang Sifu Hartanah Yang terkenal.

Beliau mempunyai Program Webinar Percuma secara Mingguan Pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Untuk memahami funnel webinar Tuan Faizul ini , saya mengkaji satu persatu perjalanan saya sehinggalah ke hari webinar.

Webinar Funnel Faizul Ridzuan

Website diatas merupakan salah satu Landing Page daripada Tuan Faizul Ridzuan.

Di dalam Landing Page tersebut terdapat satu borang untuk mereka yang berminat menyertai sesi webinar.

Webinar funnel faizul Ridzuan 2

Selesai mengisi borang tersebut saya akan menerima email mengatakan pendaftaran saya telah berjaya.

Sebelum Sesi Webinar berlangsung, mereka akan menghantar email follow-up untuk memberi peringatan bahawa sesi webinar akan bermula.

Secara kesimpulan untuk Sales Funnel webinar ini saya rumuskan dalam gambar dibawah ini.

3 Contoh Sales Funnel Popular Bisnes Online 1
Sales Funnel Webinar Tuan Faizul Ridzuan

2. Sales Funnel Leads Website

Untuk sales funnel ini saya menggunakan contoh daripada website saya sendiri tentang bagaimana saya membina leads dengan Panduan Sales Funnel.

Panduan Sales Funnel Fairuz Razak
Apabila seseorang masuk ke dalam Squeeze Page ini, jika mereka berminat mereka akan meninggalkan Nama dan Email mereka.

Data-data ini disimpan terus ke dalam Sistem Email Marketing saya.

Mereka yang masuk ke dalam email list ini dinamakan sebagai subscriber.

Sistem email ini secara automatik menghantar email kepada subscriber saya untuk memberikan panduan sales funnel ini dalam bentuk video.

Mereka akan menerima email selama 3 hari (setiap hari 1 video).

Penghantaran email dilakukan secara automatik mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, selepas mereka mengisi nama dan email, mereka akan dibawa ke satu page untuk mendapatkan personal coaching daripada saya.

Page ini dikenali sebagai Tripwire Offer.

Panduan Sales Funnel Fairuz Razak 2

Tripwire offer ini merupakan tawaran saya untuk membantu mereka yang masih lagi buntu bagaimana nak membuat Sales Funnel.

Baiklah secara kesimpulannya, untuk cara tarik leads di dalam website adalah seperti berikut :

3 Contoh Sales Funnel Popular Bisnes Online 2

3. Sales Funnel Bisnes E-commerce

Ini adala contoh bagaimana untuk menggunakan sales funnel dalam ecommerce.

Untuk contoh ini saya akan merungkai perjalanan seseorang pelanggan bagi bisnes kahakbayi.com

Kahakbabi funnel

Untuk penerangan berkaitan ecommerce funnel ini saya terangkan secara detail di dalam Video Youtube di bawah ini.

Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PANDUAN SALES FUNNEL

Bagaimana menukar STRANGER menjadi BUYER Tegar untuk Bisnes Anda

Nak Bagi PERCUMA Sahaja!

Scroll to Top