fbpx
cara verify domain sendiri di facebook

Cara Verify Domain Sendiri di Facebook Business Manager

Salah satu daripada keperluan untuk verify akaun Bisnes di Facebook adalah untuk verify domain anda terlebih dahulu.

Kenapa perntingnya untuk verify website ini?

Ianya sangat penting kerana Facebook ingin tahu bahawa kita ini adalah “manusia” sebenar dan menjalankan bisnes yang sebenar. Bukannya robot.

Di dalam artikel ini saya akan kongsikan 2 cara untuk verify Domain anda sendiri di dalam Faceboook Business Manager. (DNS Verification & Meta-Tag Verification)

1. Menggunakan DNS Verification.

Untuk permulaan anda perlu ke Business Manager > Business Setting > Brand Safety

Cara verify domain facebook

Klik pada Add domain dan masukkan domain kepunyaan anda.

Cara verify domain facebook 1

Terdapat 3 cara untuk verify sesebuah domain iaitu DNS Verification , HTML File Upload dan Meta-tag Verification. Tetapi untuk artikel ini kita akan fokus kepada DNS Verification & Meta-Tag Verification.

Cara verify domain facebook 2

Langkah seterusnya anda pergi ke tempat dimana anda membeli domain anda. Mereka ini dikenali sebagai Domain Registrar.

Pergi di DNS setting dan masukkan TXT record seperti dibawah ini (saya menggunakan hostinger, kebanyakan domain registrar yang lain prosesnya hampir sama)

Copy TXT record (Facebook-domain-verification=….) yang diberikan oleh Facebook dan Paste pada bahagian TXT value.

Cara verify domain facebook 3

Selepas itu anda tekan butang Verify di Facebook. Jangan risau jika domain masih berlum verified kerana kadang-kadang ia mengambil masa 24-72 jam. Jika perkara ini berlaku, klik semula butang Verify selepas tempoh trersebut.

2. Menggunakan Meta-Tag Verification

Untuk cara kedua, kita akan menggunakan Meta-tag Verification.

Cara verify domain facebook 5

Langkah pertama anda kena install Plugin Insert Header and Footer dan activatekan plugin tersebut.

Kemudian copy dan paste script yang diberikan pada bahagian Header (seperti gambar di bawah ini)

Cara verify domain facebook 4

Selepas selesai copy and paste script tersebut , tekan butang verify di dalam Facebook.

Untuk memudahkan pemahaman lagi , saya sediakan Youtube Video dibawah untuk kedua-dua cara verify domain diatas ini.

1 thought on “Cara Verify Domain Sendiri di Facebook Business Manager”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top