fbpx
photo of woman using laptop

Cara Buat Email dengan Domain Sendiri

Anda sudah mempunyai website tetapi belum ada email yang sama ke??

Tahukah anda sebenarnya anda boleh buat email dengan domain sendiri supaya ia nampak lebih professional?

Jika anda masih belum mempunyai email dengan domain sendiri pastikan anda membaca artikel ini sehingga habis untuk anda buat email anda sendiri.

(Ps: untuk tutorial di bawah ini saya menggunakan Hosting Serverfreak, kemungkinan paparan cpanel bagi hosting anda adalah berbeza tetapi konsepnya sama)

1. Masuk kepada CPanel anda

Untuk permulaan anda perlu masuk kedalam cpanel anda terlebih dahulu.

Bagaimana untuk masuk ke dalam Cpanel anda?

Cara paling mudah ialah dengan meletakkan extensin “:2083” duhujung domain anda,

Contohnya domain saya ialah http://fairuz-blog.unplyoglwf-gjy3mzooq68q.p.temp-site.link saya hanya perlu taip http://fairuz-blog.unplyoglwf-gjy3mzooq68q.p.temp-site.link:2083 sahaja.

Jika anda ada masalah untuk masuk ke dalam cpanel anda, anda perlu berhubung dengan pihak hosting anda untuk bantuan.

Kemudian anda akan dibawa kepada Dashboard Cpanel anda.

cara buat email domain sendiri 3

2. Create Email Baru

Bila dah masuk ke dalam cpanel cari modul Email dan klik pada bahagian tersebut.

cara buat email domain sendiri 4

Tekan butang “Create” untuk menambah email akaun yang baru

cara buat email domain sendiri 5

Selepas itu pilih domain (sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 domain) dan pilih username yang anda kehendaki (contohnya fairuz@fairuz-blog.unplyoglwf-gjy3mzooq68q.p.temp-site.link)

image 5

Setelah selesai tekan butang CREATE di bahagian bawah. Email anda telah selesai.

3. Cara untuk akses Inbox

Sekarang anda telahpun mempunyai akaun email anda dengan menggunakan domain.

Tetapi bagaimana nak akses kepada inbox akaun tersebut?

Ada 2 cara anda boleh akses kepada inbox akaun tersebut.

Cara pertama anda kena masuk semula ke CPANEL dan pergi ke bahagian email, pada email anda tekan pada CHECK EMAIL. Anda akan di bawa ke Inbox email anda.

cara buat email domaoin sendiri-1

Cara kedua ialah dengan menggunakan extension /webmail

Taip domain anda dan tambahkan extension /webmail contohnya http://fairuz-blog.unplyoglwf-gjy3mzooq68q.p.temp-site.link/webmail dan anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah ini. Masukkan username dan password email anda , dan anda akan dibawa terus ke Inbox.

cara buat email domain sendiri-2

Sekarang anda telahpun mempunyai email dengan domain anda sendiri.

Nak tahu bagaimana nak buka email tersebut dengan mengunakan akaun Gmail anda yang sedia ada? Boleh check Video di bawah ini.

2 thoughts on “Cara Buat Email dengan Domain Sendiri”

  1. Satu perkongsian yang sangat menarik. Tak ramai orang yang tahu teknikal macam ni. Biasanya orang upah orang lain untuk buat email domain ni. Tapi perkongsian ni sangat bermanfaat. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top