Cara Untuk Setup Whatsapp For Business

0
570
Cara Setup Whatsapp For Business

Anda seorang peniaga yang menggunakan WhatsApp untuk close sale?

Belum lagi menggunakan WhatsApp for business?

Applikasi terbaru dari WhatsApp ini benar-benar dapat membantu anda untuk menguruskan prospek yang masuk ke dalam WhatsApp anda.

Jika anda masih belum install applikasi ini, mari saya tunjukkan step by step bagaimana untuk setup WhatsApp for Busines ini.

Tapi untuk pengguna Android sahaja ya..pengguna Apple kena tunggu ya.

#Langkah Pertama – Install WhatsApp For Business dari Playstore

Anda pergi ke playstore dan cari WhatsApp For Busines. Logo lebih kurang seperti WhatsApp biasa cuma ada Huruf B sahaja.

Whatsapp_for_Business_1

Klik pada Agree and Continue.

Whatsapp_For_Business_2

Kemudian masukkan nombor telefon anda. (Better gunakan nombor selain nombor utama, jika hendak gunakan nombor utama pastikan anda backup terlebih dahulu data di dalamnya)

Whatsapp_For_Business_3

SMS kod untuk verifikasi akan di hantar kepada phone anda. Masukkan Nombor verifikasi tersebut.

Whatsapp_For_Newbies_4

Masukkan Nama bisnes anda dan Logo anda. Nama bisnes ini tidak dapat diubah

Whatsapp_For_Business_5

Anda telah berjaya setup WhatsApp For Business jika anda telah berada di paparan di bawah ini.

Whatsapp_For_Business_6

#Langkah 2 – Setup Profil Busines Anda

Pergi ke 3 titik di bahagian atas sebelah kanan , dan klik pada Setting

Whatsapp_For_Business_7

Kemudian klik kepada Business Setting.

Whatsapp_For_Business_8

Pada bahagian ini anda perlu untuk tetapkan Profile, dan Away Message, Greeting Message dan Quick Reply.

Whatsapp_For_Business_9

  1. Cara tetapan pada Profile.

Pada bahagian ini anda perlu tetapkan lokasi bisnes, jenis bisnes, pengenalan bisnes, waktu operasi bisnes, email dan website.

Paling penting di bahagian ini adalah pada waktu operasi, Away Message akan dihantar kepada prospek yang whatsap di luar waktu operasi anda.

Whatsapp_For_Business_10

2. Fungsi Statistik.

Pada bahagian ini anda akan dapat ketahui  bilangan mesej dihantar, mesej yang sampai kepada pelanggan, mesej yang dibuka atau dibaca dan juga mesej yang diterima.

Whatsapp_For_Business_11

2. Edit pada Away Message.(Pastikan anda ON terlebih dahulu).

Away Message ini akan dihantar kepada mereka yang WhatsApp anda diluar waktu operasi bisnes anda yang ditetapkan di dalam profile.

Whatsapp_For_Business_12

3. Edit Greeting Message

Greeting Message ini akan dihantar kepada mereka yang first time WhatsApp anda & kepada mereke yang tidak aktif lebih dari 14 hari selepas WhatsApp anda.

Whatsapp_For_Business_13

4. Edit Quick Reply.

Quick reply ini berguna untuk memastikan reply yang pantas kepada prospek.

Anda boleh sediakan template message yang biasa di tanya oleh prospek anda seperti nombor akaun, detail servis dan sebagainya.

Apabila anda nak reply kemudian, anda hanya perlu taip “/” sahaja dan satu drop down untuk kesemua quick reply yang telah ditetapkan akan muncul.

Whatsapp_For_Business_14

Tahniah! Anda telah berjaya untuk setup WhatsApp For Business untuk bisnes anda.

Untuk lebih detail lagi berkaitan proses di atas ini, anda boleh lihat video yang telah saya sediakan di bawah ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here