6 Jenis Objektif Facebook Ads Yang Ramai Orang Tak Tahu

0
189

Jika anda sudah biasa dengan facebook ads anda akan perasan terdapat pelbagai objektif yang facebook sediakan sebelum mulakan iklan.

Objektif_Facebook_Ads

Persoalannya mana satu objektif yang perlu digunakan?

Saya akan kongsikan 6 jenis Objektif yang sering digunakan dan kesesuaiannya dalam membuat iklan anda.

1. Brand Awareness.

Untuk objektif ini Facebook akan cuba optimizekan untuk mencari orang yang akan spend masa untuk tengok dan baca sesuatu iklan.

End goal untuk obkejtif ini adalah supaya orang ingat kepada brand kita.

Facebook akan kenakan charge per impression.

Objektif jenis ini sesuai untuk target Cold traffic sebab cost per impression adalah lebih rendah berbanding menggunakan objective Post page Engagement.

2. Engagement.

Facebook akan cuba optimize kepada mereka yang suka engage (LIKE ,COMMENT & SHARE) di dalam facebook.

Facebook akan kenakan charge per impressions.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis Hard Sell

3. Reach.

Facebook akan cuba optimize kepada berapa ramai orang akan nampak iklan kita.

Kelebihan lain objektif ini  ialah anda boleh adjust berapa ramai orang yang anda hendak nampak iklan anda.

Anda akan dikenakan charge per impression

Boleh adjust frequency (Frequency Capping)

Biasanya digunakan untuk audience yang dah kenal kita (Warm atau Hot Traffic).

Sesuai digunakan juga untuk localize marketing (contohnya macam ada kedai makan di sesuatu kawasan)

4. Traffic

Untuk objektif ini facebook akan fokus kepada orang yang biada klik LINK di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti Link ke Instant Article, Link ke website, Link ke Messenger dan link ke Canvas.

Target orang masuk ke website, messenger atau canvas.

Anda akan dikenakan Charge per impression (default) atau boleh pilih  klik pada link yang dipaparkan.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis Retargeting.

5. Video

Facebook akan optimize kepada mereka yang suka melihat video di dalam facebook.

Akan dikenakan charge per impression (default) atau boleh pilih kepada charge 10s video yang dilihat.

Jika video adalah kurang dari 10 s maka facebook akan charge 97% masa video dilihat.

6. Conversion

Objektif ini khas untuk mereka yang mempunyai website.

Penggunaan pixel adalah penting kerana kita perlu pasang ke dalam website.

Boleh suruh facebook optimize kepada mereka yang dah pernah beli / opt-in.

Charge yang dikenakan ialah per impression

Sesuai digunakan untuk iklan jenis retargeting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here