Anda berminat nak buat sticker whatsapp menggunakan wajah anda sendiri seperti gambar di atas?
Jom saya tunjukkan cara-caranya.
Sebelum anda hendak mulakan anda kena download 2 applikasi ini di Playstore (untuk Android Sahaja).
Selepas selesai download kedua-dua applikasi, anda buka applikasi Background Eraser terlebih dahulu.Pilih Gambar yang ingin anda hilangkan background.
Tips : Jika anda ada kemahiran photoshop anda boleh membuang background terlebih dahulu dan save dalam bentuk fail PNG.
Gunakan mode “Magic” kemudian ambil eraser kemudian padamkan background putih pada gambar anda.
Setelah selesai membuang background, buka applikasi Personal Sticker for Whatsapp dan secara AUTOMATIK gambar yang anda telah buat pada applikasi Background Eraser akan dapat dilihat.
Klik ADD untuk memasukkan sticker tersebut ke dalam Whatsapp anda.
PENTING : Pastikan anda membuat sekurang-kurangnya 3 Sticker untuk membolehkan anda menambah sticker pada applikasi Whatsapp anda.
Setelah selesai pergi ke Whatsapp anda dan tekan pada icon smiley. Klik pada icon no.1 dan no.2. Dah siap ! Sticker anda sudah boleh digunakan.
Untuk tutorial yang lebih jelas, saya ada sediakan dalam bentuk video dibawah ini.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel menarik ini dengan rakan anda.Klik Butang SHARE
Salam kenal mas bro
Salam perkenalan
Wow sungguh bagus
#senangdanmudah
Nk buat sticker