Home Blog Inilah Sebab Kenapa Saya Fokuskan Pada Pemasaran Youtube Tahun Ini

Inilah Sebab Kenapa Saya Fokuskan Pada Pemasaran Youtube Tahun Ini

1
320
Pemasaran Youtube Fairuz Razak

Awal tahun yang lepas kebiasannya kita sering dimomok-momokkan berkaitan dengan pemasaran Video..

Pemasaran Video akan mejadi Platform online Tumpuan tahun ini..

Sehinggakan Syarikat besar seperti Apple sendiri sanggup membelanjakan lebih daripada $1 billion pada tahun 2018 ini untuk video marketing mereka.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri setiap tahun inilah yang akan di highlightkan oleh setiap otai-otai pemasaran online di dalam atau di luar negara.

Tak percaya ? Tunggu dan lihat strategi online marketing yang bakal didedahkan pada tahun 2019 akan datang.

Walaupun ramai yang dah tahu pemasaran video adalah pemasaran yang patut difokuskan, tetapi kenapa masih ramai yang tidak menumpukan perhatian kepada pemasaran video ini?

Inilah yang membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang lebih setahun memfokuskan kepada pemasaran video (menggunakan platform Youtube) sebagai strategi Content Marketing saya.

Secara kesimpulannya saya boleh katakan pemasaran youtube ada cabarannya tersendiri tetapi sangat berbaloi untuk dibuat.

Antara cabaran yang saya hadapi sepanjang tahun ini dalam pemasaran video ialah:

1. Strategi Yang Memakan Masa

Yes…youtube bukan strategi yang anda boleh buat harini kemudian bulan depan akan dapat melihat hasilnya.

Youtube merupakan strategi Long Term.

Apabila anda upload video kedalam Youtube, anda harapkan yang ramai orang akan mula mencari video yang anda upload tersebut.

Tetapi realitinya tidak seindah yang disangka.

Untuk membolehkan Video anda dapat dicari oleh orang ramai , anda perlu membuatkan video anda mesra Youtube Algorithm.

Algorithm ini direka khusus untuk memastikan pengguna youtube ini dapat melihat apa yang mereka suka dan mampu mencari apa yang mereka ingin cari.

Jadi untuk memastikan video anda ini mesra algorithm, anda kena pastikan yang penonton suka untuk menonton video anda (ianya nampak mudah tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangka)

2. A-Z Anda Sendiri yang buat

Bayangkan dari mencari idea sehinggalah video tersebut diupload ke dalam youtube kesemuanya anda sendiri yang kena buat! (kalau anda tiada team).

Termasuk lah juga untuk merakam video, editing video, editing thumbnail video semuanya anda sendiri yang kena uruskan.

Setiap proses itu kena ada kepakaran tersendiri..

Untuk dapatkan idea untuk merekodkan video yang hot di market..anda kena ada kepakaran research tajuk video yang sedang trending.

Untuk merekodkan video..anda perlu ada kemahiran merekod video yang cantik dan juga mempunyai kamera (dslr paling kurang) yang canggih.

Untuk mengedit video…anda perlu ada kemahiran editing skill, paling kurang pun gunakan windows movie maker

3. Persaingan yang tinggi

Okay ini masuk bab persaingan pula..

Lebih 400 jam video diupload ke dalam Youtube setiap minit…maksudnya jika video anda biasa-biasa sahaja dan tidak menepati citarasa penonton, kemungkinan video anda sukar untuk dicari.

Di dalam Youtube anda perlu ingat bahawa anda tidak boleh reach penonton anda..

Algorithm youtube itu sendiri yang memainkan peranan menentukan kepada siapa video anda itu hendak dipaparkan.

Memang tidak dinafikan cabaran youtube ini bukanlah semudah yang disangka.

Adakah dengan semua alasan di atas ini anda rasa nak give up?

Yer saya panggil kesemua cabaran diatas tersebut adalah alasan sebab nak seribu daya, tak nak seribu alasan.

Tetapi, bak kata pepatah inggeris…NO PAIN NO GAIN.

Disebalik kesusahan tersebut pasti ada kemanisan jika anda konsisten.

Ini antara hasil yang saya perolehi sepanjang memberikan komitmen yang jitu pada pemasaran youtube.

Jika anda taip “bisnes online” di Youtube Search Bar ketika ini..ini yang bakal anda lihat

Fairuz_Razak_Youtube_Marketing_ranking_No.2

Video saya berkaitan dengan Bisnes Online berada pada ranking no.2 selepas video Irfan Khairi.

Turut mengalahkan video Dato’ Aliff Syukri (bangga sekejap..hehehe) yang berada pada tangga ke-3.

Selain daripada itu leads kepada Group FB Marketing saya (Jom Online Marketing) kebanyakannya daripada Youtube Channel saya.

airuz_Razak_Pemasaran_Youtube

Yang lagi best kebanyakan Suggested Video (Video pada bahagian UP NEXT) selepas video saya di dalam Youtube kebanyakan daripada video saya sendiri.

Ini adalah salah satu daripada kriteria video yang mesra algorithm.

Fairuz_Razak_Pemasaran_Youtube_1

So berapa banyak duit yang saya dapat melalui youtube ini ?

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa banyak income yang saya dapat daripada Youtube ini kan?

Sejujurnya saya tidak monetizekan setiap video youtube saya lagi ketika ini.(saya pasti akan berbuat demikian selepas ini).

Salah satu faktornya adalah saya baru sahaja melepasi limit sebagai Youtube Partner Program (YPP) yang memerlukan anda memiliki minimum 4000 jam watch time dan minimum 1000 Subscriber untuk Youtube Channel Anda.

Fairuz_Razak_Pemasaran_Youtube_001

Setakat artikel ini ditulis , Youtube masih lagi review YPP saya

Sebagai Youtube Partner, anda diboleh menggunakan Adsense (iklan di permulaan video youtube) untuk mendapatkan sedikit komisyen berdasarkan klik yang diperolehi.

Tetapi Youtube Partner Program bukanlah objektif utama saya.

Objektif saya adalah lebih kepada ingin melihat progress bagaimana integrasi diantara Youtube dan juga blog saya dalam pembinaan Content Marketing.

Fokus saya adalah dalam membina nama dan kredibiliti Fairuz Razak (atau nama yang lebih famous Brand Awareness) melalui content-content yang dibuat.

Setakat 3 bulan yang lepas (August 18 – Oktober 18) Youtube merupakan Referral terbanyak untuk blog Fairuzrazak.my ini.

Fairuz_Razak_Pemasaran_Youtube_2

Kesimpulannya pemasaran video / Youtube ini bergantung kepada objektif pemasaran anda. Tepuk dada, tengok balik objektif pemasaran anda ketika ini.

Ohya…kalau ada yang berniat nak buat Youtube Channel anda boleh melihat artikel saya berkaitan dengan cara-cara membuat youtube channel.

Belajar Sesuatu daripada artikel ini? Jangan lupa Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here