Pernah tak anda blank atau tak ada idea nak cakap apabila nak buat video?
Nak tahu cara yang betul dan teratur bila ingin buat video?
Anda perlu tahu menjenamakan video bagi menarik minat penonton.
Bagaimana cara yang ‘proper’ untuk menjenamakan video anda supaya orang lebih suka tengok, tekan butang ‘subscribe’ dan ternanti-nantikan video seterusnya.
Mari saya kongsikan 4 langkah yang perlu anda buat sebelum upload video kedalam Youtube Channel.
Perlu ada Niche
Pastikan ‘niche’ (Topik tertentu yang anda ingin ‘highlightkan’) yang dipilih ada nilai dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Anda perlu ada kepakaran atau sedikit pengalaman yang boleh memberi nilai kepada orang lain.
Anda tidak digalakkan mencampur semua ‘niche’ yang dipilih.Contohnya masukkan video memasak,makeup,dengan tips penjagaan anak dalam satu channel yang sama.
Hal ini bagi sangat penting bagi meyakinkan penonton bahawa anda benar-benar mahir dan berpengalaman dalam topik yang disampaikan di dalam channel Youtube anda.
Jenis Video
Anda perlu tahu jenis video yang ingin dihasilkan.
Antara jenis-jenis video yang popular ketika ini adalah dalam bentuk V-log, video jenis “how to” dan video jenis tips perkongsian
V-Log adalah video yang dihasilkan dengan menunjukkan keadaan anda di rumah atau sewaktu melancong.
Video sebegini memerlukan kekuatan ‘story telling ‘ yang dapat menarik ataupun ‘Hook’ penonton. Story telling yang bagus membuatkan penonton tak sabar menantikan video seterusnya.
Video jenis “How To” adalah jenis perkongsian bagaimana untuk membuat sesuatu.
Anda juga boleh buat video dengan cara merakam skrin komputer. Terdapat pelbagai cara untuk merakam skrin komputer.
Salah satu video jenis How to ini adalah dengan membuat tutorial dengan memaparkan screen computer.
Anda boleh menggunakan software yang saya gunakan untuk merakan screen computer iaitu menggunakan ‘Screencast-Omatic‘ dan juga ‘X Split Broadcaster’.
Perisian ini boleh merakamkan paparan pada screen komputer kita seterusnya memudahkan kita mengedit video kita.
Brainstorm Idea
Selain mengetahui jenis video yang ingin dimasukkan, anda juga perlu ‘Brainstormkan idea’ yang ada.
Brainstorm idea Apakah ‘point ‘ penting yang ingin dimasukkan dalam video supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami penonton.
Anda boleh mencuba cara meletakkan ‘point’ yang disenaraikan pada ‘whiteboard ‘ sewaktu membuat video.
Hal ini dapat membantu anda menghasilkan video yang teratur dan tidak lari daripada mesej yang ingin disampaikan.
Terus SHOOT Sahaja
Anda juga tidak perlu terlalu banyak berfikir dan untuk menjadikan video adan gempak dengan animasi-animasi.
Ya benda ini penting tetapi anda boleh mempelajari secara perlahan-lahan dan upgrade kualiti video anda.
Bagi menghasilkan video yang berkualiti, tak semestinya memerlukan kamera DSLR. Guna sahaja kamera yang sedia ada sahaja telah mencukupi.
Kalau nak senang guna jer camera pada handphone anda.
Assalamualaikum Boss
Kalau tak keberatan saya perlukan guide dari Boss berkenaan mmbuat short video until di upload ke dalam laman sosial contoh YouTube Facebook dan lain²
Boleh guide saya utk jd youtuber
Minta bantuan tunjuk ajar saya dari scratch untuk buat video for youtube
Saya dah email ya
assalamualaikum.
Boleh Tuan bagi tips/ tunjuk saya cara buat content/video? sy zero pasal media social
Minta bantuan tunjuk ajar saya dari scratch untuk buat video for youtube
Minta bantuan tunjuk ajar saya dari scratch untuk buat video for youtube
Minta bantuan tunjuk ajar saya dari basic untuk buat video diyoutube