Betul ke kena hentikan gunakan Facebook Page untuk bisnes anda tahun 2018 ini?
Baiklah sebenarnya dalam statement di atas ini saya bukan bermaksud untuk tutup terus akaun anda.
Facebook Page masih relevan untuk digunakan kerana kita perlu gunakannya untuk menggunakan Facebook Ads, Messenger Bots dan sebagainya.
Tetapi jika anda mengharapkan ORGANIC REACH untuk ke Facebook page anda, ini yang perlu anda perhatikan semula.
Apakah yang dimaksudkan dengan Organic Reach ini?
Facebook mendefinasikan Organic Reach ini sebagai berapa ramai pengguna yang akan dapat dicapai (melihat Post) anda di dalam Page secara percuma (tanpa menggunakan Ads)
Mari kita lihat sejarah berkaitan dengan Facebook Page ini…
Pada Tahun 2007 Facebook mula memperkenalkan Fanpage ini. Pada waktu tersebut semua pengguna facebbook boleh membina (create) Fanpage, kumpul Fan dan Post sebanyak mungkin secara percuma dengan harapan ramai orang yang akan melihat post tersebut.
Tetapi pada 2012, kebanyakan Page Manager (pemilik kepada Fanpage) mula perasan yang hanya 16% secara purata dapat melihat post mereka di dalam News Feed dan keadaan ini semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Kajian daripada Edge Checker mendapati bahawa diantara bulan Februari 2012 sehinggalah ke bulan March 2014 , bilangan Organic Reach (secara purata) untuk sesebuah Fanpage menurun dari 16% kepada 6.5%.
Kebanyakan traffik yang masuk ke dalam Fanpage adalah menggunakan Paid Ads (iklan berbayar) dan kebanyakan Fan yang diperolehi juga melalui iklan berbayar.
Ini dapat dibuktikan dengan data yang diperolehi daripada SocialBaker.com tentang kebanyakan Post di News Feed adalah jenis Paid Ads.
Ini perkara yang anda kena faham dan akur kerana ia adalah trend pada masa kini. Saya boleh katakan Organic Reach sukar untuk dicapai dan trend ini dapat dilihat pada tahun 2017 yang lepas.
Jika anda ingin berbisnes menggunakan Facebook tetapi tidak mahir menggunakan Facebook Ads, bersiap sedia untuk ketinggalan jauh daripada pesaing-pesaing anda.
Kenapa perlu gunakan Facebok Ads ini?
Dengan menggunakan FB Ads ini anda boleh :
- Target siapa yang anda kehendaki.
- Target berapa ramai yang anda kehendaki.
- Follow rapat-rapat mereka di dalam Facebook.(retargeting)
- Susun strategi iklan anda (buat Sales Funnel sendiri)
dan banyak lagi data-data yang disediakan oleh Facebook yang boleh anda gunakan untuk mengkaji lebih detail tentang market bisnes anda.
Secara kesimpulannya, hentikan mengunakan Facebook Page jika anda tidak mahu upgrade diri anda ilmu berkaitan dengan FB Ads.
Kongsikan Artikel ini Kepada Rakan-rakan anda.