Apakah yang menyebabkan sesuatu pembelian itu terjadi?
Apa motivasi seseorang itu membeli?
Mari saya kongsikan 5 Fasa di dalam Minda prospek sebelum mereka mengambil keputusan untuk membeli.
1. Fasa Masalah
Pada fasa ini prospek sudah mengetahui apakah masalah yang mereka hadapi.
Contohnya:
Ali mempunyai masalah dah lama bekerja tetapi masih belum mempunyai rumah.
Ali tahu yang harga rumah semakin hari semakin mahal.
Dan bagi Ali , jika ia tidak membeli rumah pada tahun ini mungkin dia terpaksa membeli pada harga yang mahal pada tahun hadapan.
Okay…daripada contoh di atas kita dapat lihat yang Ali dah tahu yang beliau sedang menghadapi masalah tidak memiliki rumah.
2. Fasa Cari Maklumat.
Di fasa ini kebiasaannya prospek akan mula mencari solusi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Sambungan Contoh Ali diatas :
Ali akan mula google dan mencari artikel bagaimana untuk membeli rumah pertama.
Beliau akan mula bertanya kepada rakan-rakan yang telah mempunyai rumah.
Mungkin Ali juga akan pergi ke seminar-seminar hartanah untuk mendapatkan info-info berkaitan pembelian rumah.
3. Fasa Cari Alternatif.
Setelah semua maklumat diperolehi, kebiasaannya prospek akan melihat alternatif atau pilihan yang mereka ada.
Sambung Contoh di atas :
Selepas melihat beberapa blog hartanah dan menghadiri seminar hartanah, Ali mula berasa yakin dengan Ilmu yang dia ada.
Sekarang dia perlu buat pengiraan berapa kelayakan untuk pembelian rumah.
Adakah rumah yang hendak dibeli ini rumah untuk investment atau rumah untuk duduk?
Rumah teres ke atau apartment?
4. Fasa Pilih Penjual.
Ini adalah fasa yang penting di mana kenapa prospek tersebut perlu memilih anda dan bukan orang lain.
Pada masa ini USP (Unique Selling Point) adalah penting untuk membezakan anda dan juga pesaing anda.
Contoh :
Siapa Ejen Hartanah yang boleh bantu Ali untuk mendapatkan rumah yang diingini?
Adakah Ejen Hartanah tersebut mempunyai pengalaman yang luas?
Siapa yang rekemen Ejen Hartanah tersebut?
Belajar sesuatu daripada artikel di atas ini?
Secara kesimpulannya, terdapat 4 Fasa yang sentiasa bermain di fikiran prospek sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.
Dan yang paling penting , mereka sendiri tidak tahu yang fasa-fasa ini sedang bermain-main di fikiran mereka.
Kita sebagai penjual kena kenalpasti di manakah fasa mereka berada dan gunakan peluang sehabis baik untuk pastikan conversion terjadi.
Saya like!
Saya suka follow Tuan Fairuz kerana mudah satu-satu platform dan fokus satu niche, iaitu internet marketing. Teruskan dgn usaha yg gigih dan mencapai matlamat tuan dan follower semua.
Kalau boleh tuan sentuh juga berkenaan e-commerce marketing yg semakin popular dewasa ini.
Terima Kasih Adib. In Shaa Allah saya akan cuba kongsikan berkaitan e-commerce