5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjalankan Perniagaan Internet Sekarang

1
196

Apabila bercakap berkaitan dengan perniagaan internet pada masa kini ia sudah tidak asing lagi berikutan perkembangan media sosial yang semakin mudah di akses oleh semua orang.

Tidak seperti 6 tahun yang lepas, perniagaan internet ini sudahpun wujud , tetapi oleh kerana pelbagai masalah teknikal yang dihadapi oleh mereka yang ingin memulakan bisnes internet, maka niat tersebut terpaksa dibatalkan.

Terima kasih kepada perkembangan teknologi masa kini kerana ianya amat mudah untuk anda memulakan perniagaan di internet.

Semudah A,B dan C sahaja. Contohnya untuk membuat sesuatu laman web untuk mengiklankan produk anda, anda tidak perlu lagi untuk membina laman web, membeli domain dan hosting,atau belajar berkaitan Coding dan sebagainya sebab sekarang ada satu software yang hanya memerlukan kemahiran drag and drop sahaja.

Baca Juga : Cara buat Website dan Landing Page dengan Pantas dan Mudah

Memang cukup mudah dan senang digunakan.

Perkongsian kali ini adalah untuk memberi pengenalan kepada anda 5 sebab mengapa anda perlu untuk menceburi perniagaan internet ini sekarang.

1. Perkembangan Media Sosial.

Manusia kini dihubungkan melalui media-media sosial contohnya seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.

Secara tak langsung medium untuk mengiklankan kepada mereka sudah menjadi amat mudah.

Statistik menunjukkan sebanyak 18 juta rakyat di Malaysia menggunakan Facebook (lebih dari 70% daripada jumlah penduduk di Malaysia mempunyai akaun Facebook yang aktif).

Jadi amatlah rugi sekiranya anda tidak menggunakan peluang yang tersedia ini untuk menjana pendapatan melaluinya.

2. Perkembangan Teknologi.

Anda menggunkan telefon pintar sekarang ini?

Tahniah kerana anda boleh mulakan perniagaan internet ini dimana-mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon pintar anda sekarang.

Lebih dari 20 Juta orang rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan jumlah itu akan semakin meningkat setiap tahun.

Ini secara tidak langsung ia memperluaskan lagi pasaran dalam perniagaan internet.

Malah ramai dikalangan peniaga barangan fizikal juga telah beralih kepada penjualan secara online.

3. Tanpa mengeluarkan Modal yang besar.

Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri untuk menjalankan pernigaan internet.

Anda hanya perlu promosikan produk orang lain dan anda dibayar komisyen berdasarkan jualan yang diperolehi.Teknik ini dinamakan Affiliate dan Dropship.

Bahkan anda juga tidak perlu keluarkan modal yang besar untuk menyewa atau membeli lot kedai untuk dijadikan premis perniagaan.

Cukup sekadar dengan membuka “kedai online” menggunakan medium yang percuma seperti Facebook dan Blog sahaja.

4. Meningkatkan Pendapatan Sampingan.

Untuk memulakan perniagaan internet ini anda tidak perlu untuk mengorbankan pekerjaan hakiki anda sekarang ini.

Anda boleh mulakan secara part-time sahaja dan peruntukkan 1-2 jam setiap hari untuk melihat perkembangan perniagaan internet anda.

Jadi sekarang anda telah berjaya mencipta pendapatan sampingan (Side Income) yang boleh meningkatkan kehidupan anda sekeluarga.

5. Masa yang Fleksible dan 24 Jam.

Kedai anda tidak akan pernah “REHAT” disebabkan perniagaan ini adalah secara online 24 jam tanpa henti.

Jadi anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda sakit dan tidak boleh membuka kedai.

Masa yang diperuntukkan untuk melihat perkembangan pernigaan ni juga aalah fleksible, anda tidak perlu monitor secara hari-hari,cukup sekadar melayan PM dan menguruskan tempahan pelanggan.

Ada juga perniagaan internet yang hanya memerlukan 1 CLICK sahaja untuk menghantar produk kepada pelanggan.

Sekarang ini cuma tinggal persoalan sama ada anda MAHU atau TIDAK sahaja kerana saya yakin jika anda mulakan perniagaan internet ini sekarang,anda bakal kuasai pasaran perniagaan dalam apa juga bidang pada masa akan datang.

Semoga Bermanfaat dan Jangan Lupa Share

 

SHARE
Next articleApa itu Customer Avatar dan 11 Cara Menghasilkannya?
Nama Saya Fairuz Razak. Saya seorang yang passionate dalam bidang Pemasaran Online dan sangat suka berkongsi dengan orang lain. Semua perkongsikan berdasarkan experiment yang telah dilakukan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here