fbpx
5-Kesilapan-Pemasaran-Online

5 Kesilapan Pemasaran Online Yang WAJIB Anda Elakkan

Okay untuk post kali ini ia adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai online marketer yang lebih dari 3 tahun.

Dan sebagai seorang online marketer, sebenarnya saya juga berharap saya dapat tahu lebih awal berkaitan dengan perkara ini.

Oleh sebab itu saya ambil ruang disini untuk berkongsi dengan anda semua 5 perkara yang sepatutnya dielakkan apabila anda membuat pemasaran online.

1. Tidak Kumpul Databased

Dalam dunia  online ini database adalah sangat penting.

Anda mungkin pernah dengar istilah “DATABASED is the King..”

Mungkin anda tertanya-tanya data apa yang sepatutnya dikumpulkan?

Ada banyak data yang anda boleh kumpul. Contohnya seperti :

  • No telefon.
  • Email.
  • Nama prospek

Tujuan sebenar untuk mengumpul databased ini adalah untuk follow up semula mereka yang pernah mendengar berkaitan dengan anda.

Maksud “mendengar berkaitan dengan anda” disini ialah mereka ini mungkin tergolong daripada orang-orang yang pernah :

  • melawat Facebook Page anda,
  • pernah PM anda di whatsapp,
  • pernah tegur anda di booth-booth yang pernah anda buka.
  • pernah call anda bertanya berkaitan dengan produk/servis.

Pendek cerita mereka ni dah tahu berkaitan dengan anda/bisnes anda serba sedikit.

Bila dah kenal , maka lebih mudah untuk anda follow up balik semula mereka ini.

2. Tiada Sales Funnel

Apa itu sales funnel?

Kalau anda masih belum dengar berkaitan dengan sales funnel ini anda boleh cuba tengok post saya berkaitan sales funnel di dalam website ini.

Secara ringkasnya , sales funnel ini adalah pergerakan seseorang yang tidak mengenali anda (stranger) , kemudian mengenali anda (prospek) dan seterusnya membeli produk anda (buyer)

Kenapa pentingnya sales funnel ini?

Sales funnel ini adalah satu sistem yang berstruktur mengikut psikologi seorang manusia membeli.

98% manusia tidak akan membeli apabila mereka first time dengar berkaitan dengan bisnes yang kita buat.

So…untuk membuatkan mereka bertindak membeli/mendapatkan produk yang anda tawarkan,penggunaan sales funnel ini sangat penting.

Nak belajar cara buat sale funnel untuk bisnes anda? KLIK SINI.

3. Tidak menggunakan Content Marketing

Saya boleh jamin 100% yang bisnes anda akan boost lebih jauh jika anda gunakan strategi content marketing dalam bisnes anda.

Kenapa content marketing?

Sebab orang sukakan content yang menarik. Orang suka content yang bermanfaat.

Bila orang dah “suka” akan timbul rasa “trust” , dan bila orang dah “trust” maka lebih mudah untuk anda menjual.

Sekarang ini ada banyak platform yang anda boleh gunakan untuk membuat content.Contohnya anda boleh gunakan Blog, Youtube (video) dan media sosial yang lain (Facebook , Instagram & Tweeter)

Jika anda belum mulakan content marketing dan tak tahu nak start dari mana? jangan risau jom saya tunjukkan caranya DI SINI

4. Tidak “Market” kan Content anda telah dibuat.

Kesilapan no.4 ini adalah kesilapan yang ada hubung kait dengan no.3

Ada sesetangah orang hebat dan banyak content yang mereka buat. tetapi masalahnya mereka tidak tahu bagaimana untuk beritahu orang ramai (market)kan content mereka.

Anda perlu ingat apabila anda selesai membuat content, anda  hanya siap 50% daripada keselurahan kerja yang sepatutnya anda lakukan.

50% lagi adalah bagaimana caranya anda untuk memberitahu kepada seberapa ramai orang berkaitan dengan content tersebut.

sebab itu ia dinamakan CONTENT MARKETING.

5. Terlalu Fokus kepada Mencari pelanggan baru

Inilah antara kesilapan yang selalu kita terlepas pandang.

Kita selalu memberi perhatian kepada mencari pelanggan yang baru tetapi mengabaikan pelanggan yang sedia ada.

Sepatutnya kita perlu imbangi kedua-dua jenis pelanggan yang baru dan juga pelanggan yang sedia ada.

Belajar sesuatu daripada artikel di atas ini? Jangan Lupa tekan butang SHARE ya.

 

 

3bs

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top