fbpx
3 Sebab Mulakan Youtube Marketing 2

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mulakan Pemasaran Youtube

Youtube mula diperkenalkan pada 14 Februari 2005 sebagai satu platform untuk memuatnaik video-video ke dalam server mereka.

Anda belum menggunakan Youtube sebagai salah satu platform pemasaran anda?

Tahun 2018 adalah tahun yang terbaik untuk anda mula menggunakannya kerana potensi Youtube adalah sangat besar.

Nak tahu kenapa anda perlu gunakan Youtube untuk pemasaran anda?

Di sini saya perincikan 3 sebab untuk memulakan pemasaran Youtube :

1. Search Engine kedua Selepas Google

Youtube pun kepunyaan Google…tapi biasanya kalau nak Search sesuatu yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk menggunakan Youtube sebagai Search Engine.

Kenapa Youtube?

Sebab dalam Youtube anda boleh lihat Video dan explaination lebih jelas di dalam Youtube berbanding membaca di dalam Blog.

Contohnya saya meminati bidang fotografi.

Sebelum membeli sesuatu peralatan fotografi, saya akan search terlebih dahulu di dalam Youtube bagaimana prestasi peralatan tersebut.

Saya pasti anda juga sering menggunakan youtube untuk mendapatakan info berkaitan sesuatu perkara bukan?

3 Sebab Mulakan Youtube Marketing

2.Traffik yang Sangat Banyak

Statistik menunjukkan bahawa pengguna Youtube adalah sebanyak 1,300,000,000 dari seluruh dunia.

Dan lebih 5 juta video ditonton di dalam Youtube dalam masa sehari…Fuhh memang ramai giler yang tengok Youtube ni.

Daripada sini kita dapat lihat betapa besarnya potensi Youtube sebagai satu medium pemasaran online.

Memang sangat rugi jika kita tidak mula gunakan Youtube ini.

3. Perkembangan Teknologi Video

Kalau dulu kita mempunyai masalah untuk merakam video, tetapi pada masa ini kita sudah memiliki perakam di tangan anda… Ya menggunakan telefon kita sahaja!

Perkembangan teknologi pada masa kini secara tak langsung memberi kita peluang untuk ber”video” di mana sahaja kita berada.

Susah nak edit video?

Kemunculan bermacam-macam video editor yang ada di dalam applikasi telefon secara percuma atau berbayar.

Anda boleh edit terus video dan upload ke Youtube sepantas 5 minit sahaja.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak menggunakan Youtube.Tepuk dada tanya diri.

Semoga Bermanfaat & Jangan lupa Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top