Apa itu Unique Selling Point (USP) dan Cara Menetapkannya Untuk Bisnes Anda

0
592
Cara menetapkan USP

Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai Unique Selling Point atau Unique Selling Proposition tersendiri.

Kebiasaannya USP ini digunakan dalam tawaran kita kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk/servis daripada kita.

Untuk pemahaman lebih lanjut berkaitan dengan USP ini anda perlu ketahui apa itu maksud Selling Point terlebih dahulu.

Untuk mengetahui Selling Point anda perlu menjawab soalan berikut :

“Kenapa pembeli membeli produk anda?”

Contohnya anda menjual tudung, so…kenapa pembeli membeli tudung anda?

Anda menjual kasut…kenapa pembeli membeli kasut anda?

Anda menjual produk kuruskan badan…kenapa pembeli membeli produk anda?

Jadi anda kena menjawap persoalan ini terlebih dahulu untuk ketahui apakah selling point anda.

Dah jelas apakah Selling Point anda? Kemudian kita pergi pula kepada Unique Selling Point 

Untuk mengetahui Unique Selling Point pula anda perlu menjawab soalan berikut :

“Kenapa pembeli membeli daripada anda?”

Anda kena tahu yang ramai lagi penjual menjual produk/servis yang sama seperti anda diluar sana.

Kalau anda menjual tudung, ada lebih 100 orang di luar sana yang menjual tudung yang sama seperti yang anda jual (jika anda bukan produk owner)

Jadi disini pentingnya untuk anda menarik prospek membeli daripada anda sahaja dan bukannya orang lain.

Disinilah USP untuk bisnes anda.

Salah satu contoh USP yang anda boleh letakkan ialah MUDAH

Katakan pembeli membeli tudung daripada anda sebab ianya mudah untuk dibeli sebab anda menggunakan website.

Sekali prospek masuk ke dalam website anda mereka dapat melihat pelbagai jenis tudung dan tutorial bagaimana untuk memakai tudung tersebut.

Ianya akan lebih mudah untuk prospek membuat pilihan dan terus membuat pembayaran secara online.

Anda tidak perlu lagi berbalas-balas whatsapp dengan prospek untuk membantu mereka membuat pilihan dan bayaran.

Nampak tak keunikan yang ada pada bisnes anda? Anda telah memudahkan prospek membuat pilihan dan pembelian menggunakan website.

Nak tahu 6 lagi Tips yang anda boleh gunakan untuk menetapkan USP anda?

Kena lihat video di bawah ini…(hehe saje je nak bagi tengok video)

Semoga Bermanfaat dan Jangan Lupa SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here