3 Peraturan Penting Sebelum Menulis Ayat Iklan

0
131
3 Peraturan Sebelum Buat Ayat Iklan.

Anda masih lagi tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan sesebuah ayat iklan yang betul-betul berkesan?

Sebelum itu saya ingin kongsikan 3 peraturan penting sebelum anda menulis sesebuah ayat iklan.Ilmu ini sangat penting supaya anda ketahui apa yang sebenarnya patut ditulis dalam sesebuah ayat iklan.

Peraturan Pertama : Manusia tak suka dalam situasi seperti dijual

Cuba anda bayangkan anda berada di Shopping Mall..

Kemudian anda di hampiri oleh penjual yang menjual buku kanak-kanak..

“Bang…buku untuk anak abang ni memang bagus..banyak cerita-cerita menarik..lepastu banyak aktiviti-aktiviti..mesti anak abang suka ni.”

apakah reaksi anda ketika itu? Adakah anda menolak dengan baik? Atau anda berjalan buat tak tahu sahaja.

Ya..memang lumrah manusia tidak suka apabila mereka di dalam keadaan dijual.

“HABISTU MACAMANA NAK MENJUAL KALAU TIDAK MENJUAL SECARA DIRECT?”

Baiklah cuba kita tengok senario yang hampir sama tetapi dengan approach yang sedikit berbeza.

Bagaimana jika jurujual tersebut tidak terus menjual tetapi bertanyakan soalan terlebih dahulu kepada anda.

Mungkin soalan seperti :

“Boleh saya tahu buku apa yang sedang anak anda guna ketika ini?”

“Nak tak saya kalau berikan satu peluang untuk anda dapat membaca seawal  usia 3 tahun?”

Apabila kita bertanyakan soalan, kita seoalah-olah tidak secara DIRECT ingin menjual kepada mereka.Kita hanya perlukan kepastian sama ada produk ini sesuai atau tidak dengan anak mereka.

Bukankah ini lebih elok daripada menjual secara DIRECT?

Jadi untuk TIPS PERTAMA dalam menulis ayat iklan ialah pastikan prospek anda tidak rasa seperti dijual semasa membaca ayat iklan anda.

Peraturan Kedua : Manusia membeli kerana Emosi

“Arghh..mana ada..saya membeli ikut keperluan..tak ikut emosi pun”

Ini adalah tanggapan anda sahaja..Anda hanya ingin merasa rasional ketika anda membeli sesuatu tetapi sebenarnya kajian menunjukkan hampir 90% manusia membeli disebabkan oleh pengaruh emosi mereka ketika itu.

Sebagai contoh kenapa ada orang membeli kasut sukan NIKE , bukan  kasut sukan yang lain yang lebih murah dan walaupun ianya mempunyai fungsi yang sama…kasut untuk melindungi kaki kerika bersukan?

3 peraturan penting sebelum menulis ayat iklan

Ini kerana apabila memiliki kasut sukan NIKE tersebut, perasaan bangga, puas hati dan berkeyakinan tinggi akan datang..lebih-lebih lagi jika ada rakan yang memuji-muji kehebatan kasut sukan tersebut..bukankah ini adalah EMOSI yang diinginkan?

Jadi untuk TIPS KEDUA, pastikan ayat iklan anda mempuyai ayat yang dapat mengusik emosi pembaca anda.

Peraturan Ketiga: Kenalpasti kepada siapa anda iklankan

Kenapa penting untuk kenal siapa yang bakal baca iklan kita?

Ia penting supaya kita boleh menyesuaikan lenggok bahasa kita dengan mereka.

Contohnya penggunaan Sis..Bro..Tuan..Puan..mommy dan sebagainya.Kata ganti diri ini secara tak langsung dapat membina engagement antara anda dan juga prospek anda.

Selain itu , apabila kita lebih mengenali mereka adalah lebih senang untuk menulis ayat iklan yang beremosi (peraturan kedua) dan bertanyakan soalan yang betul (peraturan satu)

Jadi TIPS KETIGA , pastikan anda mengenali terlebih dahulu  kepada siapa iklan tersebut bakal ditujukan.

Semoga Bermanfaat

Jangan Lupa Tekan Butang SHARE di bawah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here