fbpx
3-Langkah-Kurangkan-risiko-bisnes-online

3 Langkah Kurangkan Risiko dalam Pemasaran Online

Pemasaran online ini ada risiko yang tersendiri.

Risiko paling besar ialah apabila kita mengeluarkan modal terlalu besar untuk membuat sesuatu marketing.

Contohnya penggunaan Facebook Ads, Google Ads, dan pelbagai lagi platform pengiklanan jika tidak dipantau boleh mengakibatkan kerugian yang sangat besar.

Ada 3 langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan risiko di dalam pemasaran online ini.

1. Belajar

Benda pertama yang kita perlu buat adalah BELAJAR untuk buat sesuatu.

Contohnya anda tak tahu bagaimana nak buat Facebook Ads? Anda boleh belajar bagaimana untuk buat iklan menggunakan Facebook.

Banyak platform pembelajaran yang ada di luar sana yang membolehkan anda belajar berkaitan pemasaran online ini secara percuma sahaja.

Anda juga boleh pergi ke Youtube Channel saya untuk melihat banyak perkongsian berkaitan dengan pemasaran online yang terkini di situ.

2. Buat apa yang anda belajar

Okay nampak macam tak gempak jer step ni kan?

Tapi nak tahu tak 70% daripada manusia tak buat apa yang mereka belajar pun.

Sebab itu langkah ini sangat penting. Yes..you must DO IT to GET IT

Daripada apa yang anda belajar dan anda buat inilah baru akan terhasilnya RESULTS

3. Analisa hasil yang diperolehi

Akhir sekali lepas dah dapat RESULTS yang diperolehi anda kena analisa results tersebut.

Kadang-kadang tu hasil yang dapat daripada apa yang kita buat tidaklah seperti yang kita inginkan.

DONT GIVE UP dan cuba untuk analisa apa yang tak kena dengan proses penghasilan results tersebut.

Proses ini tak berhenti setakat ini sahaja.Ia merupakan proses yang berterusan.

Setelah anda analisa, anda dapat belajar benda baru ,kemudian anda tweak (tambah baik) , anda buat dan analisa semula keputusan yang diperolehi.

Jadi proses ini akan berpanjangan sehinggalah anda mendapat keputusan yang memang anda inginkan.

Ingat dalam pemasaran ini memang banyak TRY and ERROR yang kita akan buat. Tetapi jika kita tak belajar dan membuat proses ini mungkin ada lebih banyak lagi ERROR yang bakal kita lakukan.

Jangan sampai ERROR yang kita lakukan itu merugikan kita sehingga terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit.

Semoga Bermanfaat dan Jangan Lupa Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top