Anda mungkin ingin mengemaskini atau upload something ke Instagram melalui Laptop anda sendiri.
Tetapi tahukah anda yang anda tidak boleh berbuat demikian tanpa applikasi dari pihak ketiga.
Jika anda google banyak tutorial berkaitan cara nak upload post atau video ke dalam instagram, tapi kebanyakannya adalah sukar dan leceh (kena download 3rd party).
Contohnya ada boleh try baca artikel dari hopper hq ini.
So…ada ke cara yang lebih senang dan mudah?
Sebenarnya ada…anda hanya perlu tambah Chrome extension sahaja. (hanya untuk mereka yang pakai google chrome).
Jom kita lihat caranya seperti dibawah ini.
Langkah 1 : Taip “extension desktop for instagram“
Langkah 2 : Klik Pada Add to Chrome.
Langkah 3 : Setelah selesai. Tekan pada butang pada bahagian chrome extension.
Langkah 4 : Anda akan melihat paparan seperti dibawah ini.(untuk pertama kali anda akan diminta username dan password).
Langkah 5 : Anda boleh upload (gambar/video) dengan menekan butan ‘+’.Anda boleh memilih lokasi dimana gambar/video tersebut berada.
Mudah bukan? So saya harap anda dapat kongsikan artikel ini dengan lebih ramai lagi supaya mereka semua pun tahu kaedah bagaimana untuk upload gambar atau video ke instagram melalui laptop.
Semoga bermanfaat.
Kenapa xde gambar dlm post ni bila sy buka pakai mobile?