fbpx
FB Messenger Marketing

4 Sebab Anda Perlu Menggunakan Facebook Messenger Marketing Sekarang!

Pada awal 90-an yang lalu, setiap orang yang mendapat email akan membuka dan membaca email sehingga habis kerana ianya sungguh menyeronokkan.

Golongan pengiklan mengambil peluang ini dan mengangap ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan impression yang tinggi. Maka oleh sebab itulah terhasilnya email SPAM.

giphy

Ini adalah realiti Pemasaran Email ketika ini…

Katakan anda menghabiskan hampir setengah jam untuk mengarang email yang bagus, kemudian anda menekan butang “SEND” dan email anda akan dihantar terus kepada 1,000 subscriber anda.

Disebabkan oleh SPAM filter dan juga stale address , email anda sampai hanya kepada 700 inbox (yang lainnya masuk ke dalam SPAM).Daripada 700 Subscriber anda tersebut ,katakan hanya 210 sahaja yang membuka email (itupun bergantung kepada kekuatan Headline email anda).

Daripada 210 orang tersebut, berkemungkinan mereka hanya melihat sepandang lalu sahaja email anda (dalam 1-3 saat) dan selepas itu mereka akan tutup email tersebut,buang atau archived.Mungkin disebabkan email anda berbaur iklan setiap kali singgah ke dalam inbox mereka.

Sebagai alternatifnya kepada ini,maka Facebook telah memperkenalkan Messenger Marketing. Facebook Messenger telah mencapai lebih dari 1.3 Juta pengguna pada 30 April 2019 yang lalu.

Penggunaan Messenger marketing menggunakan medium chat (Messenger FB) adalah antara benda yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dan jika anda masih belum menggunakan Messenger Marketing ketika ini, artikel ini sememangnnya khas untuk anda.

Ada yang mengatakan bahawa kehadiran Messenger Marketing ini bakal mengugat Pemasaran Email yang dikenali sebagai kaedah pemasaran yang paling lama bertahan ketika ini.

Walau apa sahaja tanggapan orang ramai, yang penting kita sebagai online marketer perlu menggunakan sepenuhnya platform yang sediaada ketika ini untuk memaksimakan keputusan yang kita inginkan

FB Messenger Marketing

Ini adalah antara 4 Sebab mengapa anda kena mulakan Facebook Messenger Marketing :

#1 Pengguna Messenger yang Aktif

Satu laporan telah dikeluarkan oleh Facebook yang mengatakan bahawa lebih dari 50 minit setiap hari, secara purata setiap pengguna Facebook melihat Messenger & Facebook mereka.

Salah satu perkara yang mengejutkan ialah pengguna Facebook mula menggunakan Facebook Messenger untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan dan keluarga berbanding applikasi sosial yang lain.

Dalam Facebook Conference F8 pada April 2019 yang lepas, salah satu daripada update terkini berkaitan dengan messenger  ialah kemampuan Messenger untuk integrate dengan Applikasi Whatsapp dan Instagram.

Ini bermakna anda hanya perlu menggunakan Messenger untuk berbual dengan mereka di dalam whatsapp dan Instagram.

#2 Kepercayaan

Jika menggunakan Messenger adalah sukar untuk orang  yang tidak anda kenali menghantar mesej kepada anda.Perbualan di dalam Messenger akan lebih selamat dan membina satu perhubungan yang sihat.

Dengan menggunakan messenger juga, mereka akan lebih cepat untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang mereka boleh percayai.

#3 Komunikasi yang pantas

Salah satu kepentingan Messenger adalah sebagai medium yang pantas untuk kita Close Sale dengan Customer.

Anda boleh automatikkan Flow perbualan dengan prospek anda hanya dengan menggunakan Messenger bot.

Messsenger bot mempunyai kebolehan untuk menjawap dengan pantas. Fungsi ini juga dikenali sebagai AUTO PM dan AUTO CHAT. Semakin pantas anda menjawap persoalan dari prospek anda, semakin pantas jugalah duit akan masuk.

Anda boleh dapatkan Panduan Messenger Marketing Mastery daripada Tuan Firdaus Azizi untuk belajar lebih detail berkaitan dengan bagaimana untuk menggunakan messenger untuk 

#4 Tukar Stranger kepada Subcsriber

Salah satu fungsi yang menarik berkaitan dengan Messenger Marketing ini ialah : Sesiapa yang PM anda di Fanpage secara automatik akan bertukar kepada Subscriber anda.

Oleh yang demikian, adalah lebih senang untuk anda BLAST MESEJ kepada Subcriber anda bila ada tawaran dan juga pelancaran yang anda ingin buat.

Dan yang lagi bestnya, anda boleh capai mereka in tanpa mengeluarkan kos iklan 1 sen pun.

Kesimpulannya, Messenger merupakan Platform TERKINI yang perlu dikuasai jika anda ingin terus bersaing dalam bisnes online. Ini kerana pada tahun 2019 ini banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh Facebook ke atas Messenger yang dapat membantu usahawan online.

Anda boleh boleh ke artikel ini untuk melihat penambahbaikan yang bakal dinikmati oleh kita semua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top