fbpx
3-Cara-Mulakan-Bisnes-Online

3 Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

Nak mulakan bisnes online?

Tapi ada masalah modal?

Yer la…biasanya apabila kita nak mulakan bisnes sebab nak tambah duit.

Tapi pada masa yang sama nak kena ada modal juga untuk mulakan bisnes.

Berita baik untuk mereka yang ingin buat bisnes online tapi tiada modal , sebenarnya ada cara untuk anda mulakan bisnes tanpa modal.

Jom saya kongsikan 3 Cara untuk anda mulakan bisnes online tanpa modal ini.

1. Affiliate

Affiliate ini lebih kurang macam dropship.

Tetapi dropship di alam nyata..affiliate pula di alam maya.

Bagaimana buat duit dengan affiliate ini?

Senang saje..anda hanya perlu promote link affiliate anda di mana-mana tempat yang anda rasa boleh terjual.

Contoh seperti dalam whatsapp group sekolah, Facebook profile, instagram dan banyak lagi platform media sosial anda boleh gunakan.

Apabila seseorang itu membeli produk melalui link yang anda kongsikan tersebut anda akan mendapat komisyen.

Komisyen kebiasaannya ditetapkan oleh owner bagi produk tersebut.

(lihat video dibawah untuk melihat penyedia platform untuk affiliate seperti onpay.my)

2. Arbitrage.

Arbitrage ini sebenarnya simple sahaja.

Anda hanya perlu cari supplier yang boleh supply sesuatu barang pada harga yang murah dari harga pasaran.

Kemudian anda jual semula pada harga pasaran sedia ada.

Contohnya :

Di laman web alibaba.com harga bagi sehelai jersi Man United adalah RM 10.

Harga jersi Man United di pasaran adalah pada harga RM 50.

Jadi anda dah boleh dapat RM 30 extra jika anda mengambil jersi tersebut dan jualkan semula.

Simple kan?

Klik Video di bawah ini untuk melihat cara untuk mencari produk laku keras di pasaran untuk dijadikan arbitrage.

3. Produk Digital

Apa itu produk digital?

Kebiasaannya produk digital ini merupakan jenis information.

Contoh produk digital adalah seperti ebook,webinar,software dan rakaman video.

Nak buat produk digital ini tak perlukan modal yang besar.

Kalau nak buat ebook , cukup sekadar tahu menggunakan microsoft words dan PDF.

Kalau webinar, sekarang ini kita dah ada Facebook Live atau Youtube Live.

Untuk produk digital ini anda perlu tahu niche apa yang sesuai dan HOT di pasaran.

Niche yang paling laku keras atau evergreen sepanjang masa ialah niche bisnes cari duit.

Contoh niche yang evergreen adalah seperti ebook saya ini iaitu Rahsia Sublet Premium.

Dalam ebook ini saya terangkan secara detail bagaimana untuk menjana pendapatan melalui hartanah tanpa perlu ada hartanah sendiri.

Nak tahu lagi detail berkaitan dengan dengan model bisnes online tanpa modal ini? Boleh tengok Video Youtube dibawah ini.

3bs

71 thoughts on “3 Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal”

      1. Hi Fairuz. Nama saya Jess. Terima kasih berkenalan dengan kamu. Sebenarnya, saya ada business nak sharing, kemungkinan kami boleh bekerjasama seterusnya. Boleh tahu kamu menetap di mana?
        Boleh ka bagi contact kamu untuk dihubungi?
        Contact saya 012-7899683.
        Harap dapat feedback segera. Thank you

  1. Affiliates, Dropship, Servis, ini semua boleh dapatakn tanpa modal. Marketing pulak mungkin perlukan kos untuk mempromosikan. Boleh guna cara percuma tapi selalunya agak lambat.. Bagi saya, fokus gunakan modal untuk marketing.

    1. Sebenarnya ada banyak produk yang tuan boleh jual.In Shaa Allah saya akan buat tutorial idea bagaimana untuk cari barang

  2. Siti hawa Mahpal

    Aslkm Tn, saya dan suami berminat utk belajar secara personal tentang pemasaran online dgn lebih berkesan. Mohon perhatian. Terima kasih.

  3. Rosnani Binti Mohd

    Saya nak tahu lebih detail pasal Affiliate
    Dan cara nak register Affiliate.boleh pm saya tak Tuan.

    018 7699870

  4. terima kasih atas perkongsian tuan
    tapi nak kata tanpa modal sangat tu tak lah

    masa, elektrik & bill internet
    tetap la juga sebagai kategori modal

    cuma orang kita ni
    dah dibiasakan dengan
    ayat-ayat klise begitu

    sehingga tertanam dalam fikiran
    kekadang rasa bersalah pun ada

    harapnya dapat la kita bimbing
    pelanggan kearah pemikiran yang betul
    selain bermotifkan keuntungan sahaja

    tuan menulis tajuk ni pun sebab dah “study” keywordnya 🙂

    terima kasih lagi atas perkongsian diatas

  5. As Salam tuan, affiliate ni hanye promosi saje ke?bab marketing, pos brg semua mcm mne?bule terangkan dgn lebih lanjut proses ni mcm mne?t.kasih

  6. Sy berminat tapi x fhm nk buat bisnes tu dengar je cm kurang sbb kene buat praktikal sekali baru boleh faham

  7. 1. Saya nak tanya. kalau saya buka bisnes online Dan kalau saya jual barang produk di dalam semua whatsapp, facebook dan lain lagi. Kalau ada orang beli nak buat mcm mana?? Boleh encik terangkan…..
    2. saya nak tanya kalau duit masuk dalam akaun Bank. Sebab saya dah jual barang produk di laman web Facebook Dan tiba2 saya berhenti Bisness online dan Tutup Akaun nya. Duit itu akan ambil balik dalam Akaun bank. itu bagaimana encik??
    3. Saya nak tanya. Hutang ini termasuk Bisness Online ke. Nanti guna kena bayar balik…

  8. Terbaik tuan. Mostly semua saya dah pernah buat. Tapi paling minat adalah buat dropship dan produk digital. Yang paling saya tak suka adalah affiliate. Sebab nak kene bina raving fans dulu baru senang jual. Haha..

Leave a Reply to Abdul Halim Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top