3 Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

21
8629
3-Cara-Mulakan-Bisnes-Online

Nak mulakan bisnes online?

Tapi ada masalah modal?

Yer la…biasanya apabila kita nak mulakan bisnes sebab nak tambah duit.

Tapi pada masa yang sama nak kena ada modal juga untuk mulakan bisnes.

Berita baik untuk mereka yang ingin buat bisnes online tapi tiada modal , sebenarnya ada cara untuk anda mulakan bisnes tanpa modal.

Jom saya kongsikan 3 Cara untuk anda mulakan bisnes online tanpa modal ini.

1. Affiliate

Affiliate ini lebih kurang macam dropship.

Tetapi dropship di alam nyata..affiliate pula di alam maya.

Bagaimana buat duit dengan affiliate ini?

Senang saje..anda hanya perlu promote link affiliate anda di mana-mana tempat yang anda rasa boleh terjual.

Contoh seperti dalam whatsapp group sekolah, Facebook profile, instagram dan banyak lagi platform media sosial anda boleh gunakan.

Apabila seseorang itu membeli produk melalui link yang anda kongsikan tersebut anda akan mendapat komisyen.

Komisyen kebiasaannya ditetapkan oleh owner bagi produk tersebut.

(lihat video dibawah untuk melihat penyedia platform untuk affiliate seperti onpay.my)

2. Arbitrage.

Arbitrage ini sebenarnya simple sahaja.

Anda hanya perlu cari supplier yang boleh supply sesuatu barang pada harga yang murah dari harga pasaran.

Kemudian anda jual semula pada harga pasaran sedia ada.

Contohnya :

Di laman web alibaba.com harga bagi sehelai jersi Man United adalah RM 10.

Harga jersi Man United di pasaran adalah pada harga RM 50.

Jadi anda dah boleh dapat RM 30 extra jika anda mengambil jersi tersebut dan jualkan semula.

Simple kan?

Klik Video di bawah ini untuk melihat cara untuk mencari produk laku keras di pasaran untuk dijadikan arbitrage.

3. Produk Digital

Apa itu produk digital?

Kebiasaannya produk digital ini merupakan jenis information.

Contoh produk digital adalah seperti ebook,webinar,software dan rakaman video.

Nak buat produk digital ini tak perlukan modal yang besar.

Kalau nak buat ebook , cukup sekadar tahu menggunakan microsoft words dan PDF.

Kalau webinar, sekarang ini kita dah ada Facebook Live atau Youtube Live.

Untuk produk digital ini anda perlu tahu niche apa yang sesuai dan HOT di pasaran.

Niche yang paling laku keras atau evergreen sepanjang masa ialah niche bisnes cari duit.

Contoh niche yang evergreen adalah seperti ebook saya ini iaitu Rahsia Sublet Premium.

Dalam ebook ini saya terangkan secara detail bagaimana untuk menjana pendapatan melalui hartanah tanpa perlu ada hartanah sendiri.

Nak tahu lagi detail berkaitan dengan dengan model bisnes online tanpa modal ini? Boleh tengok Video Youtube dibawah ini.

21 COMMENTS

  1. Affiliates, Dropship, Servis, ini semua boleh dapatakn tanpa modal. Marketing pulak mungkin perlukan kos untuk mempromosikan. Boleh guna cara percuma tapi selalunya agak lambat.. Bagi saya, fokus gunakan modal untuk marketing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here