fbpx
Cara analisa facebook Guna Page Insight Featured Image

Cara Ketahui Content Yang Sesuai Untuk Fanpage Anda Menggunakan Page Insight

Bagaimana nak tahu sama apa Content di dalam Pages anda ketika ini yang menarik minat Fans anda?

Sebenarnya ada satu Tools yang telah disediakan oleh Facebook untuk anda melihat data-data bagaimana audience anda berinteraksi dengan post anda. Tools ini dinamakan Page Insight.

Di dalam artikel ini saya akan tunjukkan bagaimana caranya anda memuat turun data-data ini daripada paga anda.

#1. Cara untuk Download Fail dan data

Untuk Download data page anda, pergi ke Facebook Page Manager > pada desktop Klik pada Insight > kemudian klik pada Export Data.

Cara analisa facebook Guna Page Insight 1

Anda kemudian akan melihat pop-up box dengan 3 jenis data : Page Data, Post data dan Video Data.Untuk permulaan ini pilih Page Data untuk memuat turun data page anda.

Cara Analisa guna Page Insight 1

Secara default, ia akan menunjukkan data pada tarikh 28 hari sebelumnya,tetapi anda boleh menukar tarikh ini pada bila-bila yang anda kehendaki. Untuk menukar tarikh anda boleh menggunakan dropdown menu.

Setelah memilih tarikh yang dikehendaki , anda hanya perlu Klik Export Data untuk memuat turun fail tersebut. Fail tersebut adalah dalam bentuk excel.

Bergantung kepada Excel anda,  anda berkemungkinan akan mendapat Error seperti di bawah ini. Jika anda mendapat Pop-up seperti dibawah ini, tekan YES sahaja.

Cara Analisa Fanpage Guna Page Insight 2

Okay sekarang anda dah selesai memuat turun data bagi Fanpage anda..Seterusnya anda kena tahu bagaimana untuk membaca data-data yang diberikan ini.

#2. Cara untuk Analisa Data

Apabila pertama kali anda membuka fail Excel tersebut anda akan dapati beberapa Tab di bahagian bawah fail excel anda.

Mulakan dengan Tab Key Metrixs kerana disinilah rumusan keseluruhan Page anda dapat dilihat. Jika anda perlukan makluman yang lebih detail, anda boleh pilih tab-tab yang lain.

Cara_analisa_fanpage_guna_Page_Insight_3

Ini ada beberapa Tips untuk memudahkan anda melihat data di dalam Fail Excel tersebut.

  • FREEZE ROW yang paling atas supaya anda boleh melihat header dan tahu apa yang anda ingin lihat cari sewaktu scroll.
  • Jumlahkan kesemua metrix di dalam column dengan menggunakan formula =sum()  supaya anda mudah untuk melihat jumlah dalam traikh-tarikh tertentu.

Untuk beginner, terdapat 3 Key Group yang perlu anda lihat . Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada apa objektif yang anda  set bagi untukk Page tersebut.

Katakan anda menggunakan Page anda untuk menarik ramai orang untuk melihat website anda (traffik), jadi metrix yang penting ialah LINK CLICK.

Jika anda fokus kepada meningkatkan BRAND AWARENESS , metrix yang penting adalah ENGAGEMENT (LIKE,SHARE,COMMENT)

Likes dan Likes Sources

Lifetime Total Likes menunjukkan Jumlah Like yang anda perolehi mengikut hari yang anda pilih. Cuba lihat data tersebut dan mungkin anda akan ternampak ada 1 hari yang jumlah Like akan naik dengan drastik berbanding dengan hari yang lain.

Jika keadaan ini berlaku , cuba lihat semula post yang anda published pada hari tersebut (anda akan lihat pada Post Data selepas ini) untuk melihat sama anda terdapat post yang mendapat response yang tinggi ini.

Post ini telah membawa New Fans kepada anda.

And juga boleh lihat di Tab Daily Like Source untuk mengetahui dari mana datangnya sumber Like anda ini melalui Page Suggestion (apabila Facebook pamerkan Pages anda kepada Facebook User yang mungkin berminat dengan niche anda)

Analisa berkaitan dengan Likes dan Likes Source ini penting untuk anda ketahui Content bagaimana yang paling diminati oleh Fans anda dan source mana yang anda perlu beri tumpuan untuk meningkatkan Likes bagi page anda.

New Likes vs. Unlikes

Seterusnya cuba kita lihat pada column Daily New Likes dan juga Daily Unlikes pada Tab Key Metrics.Data ini memberi maklumat pertambahan dan pengurangan Fans anda.

Jika terdapat hari yang anda lihat bilangan Unlike adalah sangat banyak , anda boleh melihat semula apa post yang telah anda published pada hari tersebut.

Kita tidak boleh mengawal orang untuk klik Unlike, tetapi memahami behaviour kenapa mereka klik Unlike adalah penting untuk memastikan anda dapat meminimakan pengurangan Fans anda.

Video Stats

Setiap page mempunyai banyak data berkaitan dengan Video yang anda telah Post di dalam Pages anda. Jadi pemahaman berkaitan dengan Video Statistik ini sangat penting bagi membantu anda memperbaiki strategi menggunakan Video.

Cara Analisa Fanpage Guna Page Insight_4

Pada Column ini anda boleh dapatkan kesemua info berkaitan dengan Organic dan Paid video Views. Ada satu column yang menarik di sini iaitu column Daily Video Repeat.

Anda akan ketahui berapakah bilangan video anda dilihat kali kedua dan keatas bukan untuk pertama kali (maknanya orang tersebut datang semula untuk melihat video anda).

Menarik bukan? Ini menunjukkan berapa kerap fans anda melihat video yang anda published tersebut.

Jika anda pergi ke Columns Daily Total 30-Second Views , anda akan dapat ketahui statistik otang yang melihat video anda sekurang-kurangya 30 Second atau sehingga habis.

Daripada 3 analisa yang telah anda buat ini , maka anda dapat satu idea dan strategy content mana yang menarik dan seharusnya anda tekankan dalam setiap post anda.

Dapat Sesuatu daripada Artikel ini?

Jangan lupa Kongsikan bersama rakan-rakan anda.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top