fbpx
Applikasi Messenger Facebook

Applikasi Desktop Messenger – 9 Perkara Anda Perlu Tahu

Pada Facebook Developer Conference 2019 yang lepas, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Applikasi Desktop untuk Messenger (lebih kurang macam applikasi desktop For Whatsapp)

Secara tak langsung kita dapat lihat betapa seriusnya Facebook untuk mambangunkan applikasi Messenger ini untuk kegunaan orang ramai pada masa hadapan.

Berikut adalah 9 Perkara (atau spekulasi) yang perlu anda ketahui berkaitan dengan Desktop Applikasi Messenger ini.

1. Facebook mengumumkan pelancaran Desktop Applikasi

Pada Facebook F8 Developer Conference yang lepas , Asha Sharma (
Facebook’s Director of Messenger Consumer Products ) telah mengumumkan yang mereka akan mula melancarkan applikasi desktop untuk messenger.

Desktop applikasi messenger 1

Tapi bukan dah ada ke sebelum ini?

Ya betul..kalau anda Google pada ketika ini memang dah ada pun applikasi ini cumanya ianya bukanlah applikasi yang Official dari Facebook. Ianya dibuat oleh Third Party.

Jadi untuk kali ini Facebook akan mengeluarkan Applikasi Desktop ini secara Official daripada mereka sendiri.

2. Kenapa tiba-tiba Facebook Nak buat Desktop Apps ni?

Dalam conference tersebut Asha Sharma ada memberitahu :
People want to seamlessly message from any device, and sometimes they just want a little more space to share and connect with the people they care about most. So today we’re announcing a Messenger Desktop app

Dengan kata lain , Facebook nak memudahkan penggunaan Messenger ni pada devices yang lain (laptop/desktop). Jadi sambil buat kerja pun kita boleh mesej orang lagi . Sampai bos pun tak perasan tengah buat kerja ke atau tengah chatting…heheh (macam biasa buat jer).

3. Kenapa sebelum ni tak buat?

Rasanya, sebab yang terbaik ialah mereka dah mula untuk beri keutamaan kepada Messenger ini.

Jika sebelum ini Messenger merupakan applikasi sokongan, tetapi ketika ini Messenger adalah Facebook itu sendiri. Dengan kata lain Messenger akan menjadi Ekosistem pada Sistem Utama Facebook.

4. Bila boleh guna applikasi ni?

Setakat ini masih belum ada spesifik masa dan tarikh untuk roll out applikasi ini. Kita akan tunggu update dari Facebook dari semasa ke semasa.

5. Sistem Operasi Yang akan digunakan?

Windows dan juga Mac Os.

6. Bukan Windows dah ada ke applikasi ni?

Ya betul.

messenger dsktop apps

Tetapi versi kali ini mungkin akan lebih powerful dah lebih mantap lagi fungsinya. Sebab saya pernah guna versi windows ni kadang-kadang nak bukak pun susah.

7. Dekat mana nak dapatkan maklumat lanjut?

Rasanya tak ada lagi maklumat lanjut melainkan anda kenal seseorang yang kerja di Facebook dan boleh bocorkan maklumat berkaitan applikasi ini (Hehe..melawak jer..).

Tapi secara officially anda boleh sentiasa check dan godek Facebook Newsroom

8. Apa Fungsi yang bakal ada dalam applikasi tu?

Berdasarkan pengumuman yang dibuat pada conference yang lepas. Yang pasti fungi yang bakal ada ialah :

  • Group Video call.
  • Capability to caloborate in Project.
  • Multi-tasking capabilities while chatting in messenger (boleh tengok video sama-sama)

Tapi secara jujurnya kesemua fungsi baru masih lagi samar-samar. Yang pastinya akan ada penambahbaikan yang cukup sempurna kerana ada ura-ura mengatakan bahawa Messenger ini bakal menggantikan News Feed (OMG)

9. Apa Implikasi pada Bisnes Online?

Secara kesimpulannya, daripada info-info diatas ini kita dapat lihat bertapa seriusnya Facebook dalam menjadikan Messenger ini sebagai platform utama untuk mereka pada masa yang akan datang.

Facebook juga telah menunjukkan minat untuk memperkembangkan Facebook Messenger sebagai satu platform pemasaran mereka. Ini adalah antara halatuju Faceboook ketika ini yang patut kita kenalpasti

Dan dengan adanya applikasi Desktop ini ia secara tak langsung dapat memudahkan sesuatu perniagaan dijalankan menggunakan Platform Facebook. Hubungan antara Buyer dan Seller akan lebih mudah dan kadar engagement akan meningkat.

Penggunaan Chatbot adalah satu kemestian untuk semua peniaga Online di luar sana. Secara jujur saya boleh katakan Chatbot ini adalah The Future Of Online Marketing

Sekiranya anda seorang peniaga online yang masih belum menggunakan Chatbot lagi, TAKE ACTION dan belajar cara menggunakan chatbot mulai sekarang agar anda tidak ketinggalan.

Anda juga boleh dapatkan Panduan Messenger Marketing Mastery daripada Tuan Firdaus Azizi untuk belajar menggunakan Chatbot ini.

Semoga Bermanfaat dan Jangan Lupa SHARE

Artikel asal daripada blog Mobile Monkey

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top