fbpx
Cara Menulis Copywriting jenis Storytelling

Cara Menulis Copywriting Jenis Storytelling gaya Pro

Tidak dapat dinafikan bahawa copywriting merupakan elemen yang sangat penting dalam Bisnes online.

Apa itu Copywriting ?

Copywriting ialah ayat jualan yang berpengaruh.

Tanpa copywriting yang baik, mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca adalah sukar, seterusnya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendapatkan produk kita.

Ada pelbagai mazhab dan cara untuk menulis sesebuah copywriting yang baik.

Walau apa pun caranya, objektifnya tetap sama – untuk memastikan pembaca bertindak sepertimana yang kita mahukan (Klik Pada Call to Action).

Salah satu jenis Copywriting yang sangat popular ialah jenis Storytelling.

Copywriting ini sangat sesuai kerana ianya tidak nampak seperti kita sedang menjual kepada pembaca kita.

Di dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan 5 langkah yang anda boleh lakukan untuk menghasilkan copywriting jenis storytelling yang sangat berkesan.

1. Senaraikan Masalah / Kesan

Langkah yang pertama ialah anda perlu senaraikan seberapa banyak masalah dan kesan terhadap produk anda.

Masalah = Apa masalah yang mereka sedang hadapi?

Kesan = Apa kesan selepas mereka menggunakan produk/Servis anda?

Contoh : Cadar hotel

Masalah/Kesan :

  1. Rasa macam tido dalam hotel.
  2. Kain sejuk dan sangat lembut.

2. Ambil satu masalah/Kesan Jadikan Headline dalam bentuk Dialog

Contohnya anda mengambil point ” Kain sejuk dan sangat lembut”

Dalam headline saya highligtkan “Kain Sejuk

Antara ayat dialog yang saya boleh buat :

ALHAMDULILLAH..ANAK-ANAK TAKDE LA TIDO BER AIRCOND LAGI “

3. Perbesarkan masalah/kesan

Dalam langkah ini anda perlu ceritakan segala jenis emosi yang dihadapi bila anak tidur dalam bilik ber-aircond.

Tulis dalam bentuk penceritaan yang santai. Bayangkan anda bercerita dengan rakan anda tentang perkara tersebut.

Contoh ayat yang saya boleh buat untuk langkah di atas ini ialah :

“Dulu kalau nak tido anak-anak mesti nak ber aircond je sepanjang  malam. Esok pagi mulalah batuk dengan selsesma…hmmm

Kalau di tutupnya air cond mula la gelisah..

Lagi-lagi si kecik tu…

Tapi lepas beli cadar hotel dari _________ memang nyenyak betul diorang tido. Sebab kain cadar tu memang rasa sejuk sangat macam ada aircond.

Ada satu malam tu sajer-sajer la try tutup air cond pukul 2 pagi..

Yesza…diorang tak merengek dah..”

Cara menulis copywriting jenis storytelling

4. Bagi Tawaran yang sukar di tolak

Anda boleh berikan tawaran dari segi promosi diskaun atau jualan secara pukal dengan disertakan teknik scarcity (limited time offer)

Tawaran tersebut mestilah sesuatu yang dapat menarik pembaca untuk mendapatkan tawaran anda secepat mungkin.

Contoh : “Dengar cerita sekarang ada promosi beli cadar dapat 10 bantal percuma..tapi sehingga 31 Julai ni sahaja tau..

5. Letakkan CTA

Okay untuk part ni anda boleh letakkan apa sahaja CTA yang anda mahu pembaca lakukan selepas membaca ayat iklan anda.

Mungkin Whatsapp, Messenger ataupun direct ke website anda.

Belajar sesuatu daripa artikel ini ? Nak lagi contoh copywriting storytelling ni?

Ada 2 lagi contoh copywriting jenis storytelling yang saya buat di dalam video dibawah ini. Boleh terus tengok ya..

5 thoughts on “Cara Menulis Copywriting Jenis Storytelling gaya Pro”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top