fbpx
3 Formula hasilkan headline yang menangkap perhatian pembaca

3 Formula Hasilkan HEADLINE yang menyentap perhatian pembaca

Kenapa Headline (Tajuk) itu penting?

Headline itu penting untuk menangkap perhatian pembaca seterusnya menyebabkan mereka membaca apa yang kita tulis di bahagian isi (body).

Kajian juga menunjukkan bahawa 90% daripada pembaca akan meneruskan pembacaan meraka sekiranya headline sesebuah artikel/post tersebut menarik.

So..masalahnya sekarang bagaimana untuk menghasilkan Headline yang mampu menarik perhatian pembaca?

Jom saya kongsikan 3 Formula yang boleh anda gunakan.Formula ini saya belajar daripada SifuFBads.

Formula tersebut ialah SI-N-C

SI – Self Interest

Self interest ini bermaksud ayat yang digunakan di dalam headline mestilah yang berfokuskan kepada keinginan dari pembaca itu sendiri.

Contohnya :

“Wanita ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 6 bulan”

Dalam headline di atas , ia bukanlah self-interest dari kacamata pembaca , ia hanyalah ayat penyataan semata-mata.

Jadi apa yang boleh kita buat untuk olah ayat ini menjadi ayat yang lebih Self-Interest?

Jika kita olah sedikit ayat di atas ini menjadi  seperti dibawah ini :

“3 Tips bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 20 Kilogram dalam masa 6 bulan daripada wanita ini”.

Di dalam ayat ini “…anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram..” merupakan ayat Self-Interest daripada kacamata pembaca.

N – New

Okay yang kedua anda boleh masukkan keyword-keyword yang menunjukkan perkara ini baru.

Contoh-contoh keyword baru ini seperti : NEW, TERBARU, VIRAL, DIBONGKARKAN, FRESH FROM OVEN.

Contoh penggunaan keyword baru ini adalah di bahagian dihadapan headline adalah seperti berikut:

[TERBARU] 3 Tips bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 20 Kilogram dalam masa 6 bulan daripada wanita ini”.

C- Curiosity

Dalam headline , paling penting adalah anda perlu wujudkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap apa yang anda ingin sampaikan di dalam penulisan

Cara simple untuk wujudkan perasaan ingin tahu ini ialah dengan membuat ayat dalam bentuk soalan.

Contohnya seperti :

“Bagaimana anda boleh menurunkan berat badan sehingga 20 Kilogram dalam masa 6 bulan dengan menggunakan Produk X”

Dengan hanya menukar kepada ayat di atas kepada ayat jenis soalan ,automatik ayat ini akan menimbulkan curiosity di kalangan pembaca.

Dapat sesuatu daripada tips di atas ini? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain juga.

2 thoughts on “3 Formula Hasilkan HEADLINE yang menyentap perhatian pembaca”

Leave a Reply to fairuzrazak Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top