fbpx
3-Alasan-Tidak-Membeli

3 Alasan Tidak Membeli Paling Popular dan Cara Menjawabnya

Sebagai seorang pemilik bisnes online sudah pasti anda akan menghadapi pelbagai alasan daripada prospek anda untuk tidak membeli produk/servis anda pada waktu tawaran diberikan kepada mereka.

Ini adalah perkara biasa dan sebagai pemilik bisnes online and harus cekap untuk memberikan jawapan yang “terbaik” supaya mereka terus mendapatkan produk/servis anda.

Di dalam artikel ini saya kongsikan 3 alasan tidak membeli yang popular dan cara bagaimana anda boleh lakukan untuk memastikan produk/servis anda dapat dijual dengan serta merta.

#Alasan 1 : “Saya Tak Cukup Duit”

Ya…ini adalah antara alasan paling yang paling popular dan saya letakkannya di dalam ranking pertama.

Sebagai penjual memang kita tidak boleh menghalang jika memang betul prospek ketika itu tidak mempunyai duit langsung.

Tapi apa yang boleh kita bantu ialah dengan bertanya semula bila mereka mempunyai duit.

“Boleh saya tahu bila agaknya tuan akan mempunyai duit”

Secara psikologinya sekiranya mereka benar-benar mahukan produk/servis anda, mereka akan tetap mahukannya cuma yang menjadi penghalang mereka adalah pada waktu tersebut mereka tidak mempunyai duit.

Jangan takut untuk Follow Up semula dengan mereka selepas mereka memberitahu pada tarikh bila mereka akan mempunyai duit.

3 alasan tidak membeli

#Alasan 2 : “Saya nak kena tanya pasangan saya terlebih dahulu”

Pernah dengar alasan ini?

Saya pasti anda mesti pernah berhadapan dengan alasan sebegini kan? Betul tak ?

Okay untuk alasan sebegini kita tahu yang mereka ingin menangguhkan pembelian disebabkan ingin mendapatkan persetujuan dari pasangan terlebih dahulu.

Cara yang paling berkesan untuk anda menjawab semula alasan ini ialah dengan memberi  tawaran money back guaranteed. Ini adalah contoh ayat yang anda boleh gunakan.

“Beginilah…saya akan berikan Money Back Guarenteed jika pasangan puan tak berkenan dengan produk ini selepas puan membeli hari ini. Cumanya tawaran money back guarateed itu untuk harini sahaja ya”

Gunakan teknik ini hanya jika anda mampu untuk memberikan tawaran Money Back Guaranteed sahaja.

Baca Juga –  11 Soalan yang perlu dijawab untuk membina Customer Avatar

#Alasan 3 : “Harga mahal sangat la..takde Diskaun ke?”

Sekiranya anda sudah tidak mampu untuk memberikan diskaun apabila diminta, apa yang anda boleh jawap kepada mereka?

Kebiasaannya anda boleh tawarkan something “Extra” kepada mereka ini..

Contohnya pemberian bonus tambahan ataupun Kupon untuk produk yang lain…ini adalah antara contoh yang anda boleh buat…walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kretiviti anda sebagai penjual.

Belajar sesuatu daripada artikel ini?

Jangan lupa tekan butang SHARE di bawah ini.

#artikel ini turut dikongsikan di dalam Blog FAMES

2 thoughts on “3 Alasan Tidak Membeli Paling Popular dan Cara Menjawabnya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top