fbpx
Perubahan Facebook 2019

10 Perubahan di dalam Facebook 2019 Yang Perlu Usahawan Online Ketahui

Pada 30 April 19 – 1 May 19 Facebook telah mengadakan Conference Tahunan kali ke-8 di San Jose , California.

Di dalam persidangan tersebut terdapat banyak perubahan yang terkini yang berlaku di dalam Facebook melibatkan 3 applikasi penting mereka iaitu Whatsapp, Instagram dan juga Messenger.

FB F8
Facebook Developers Conference 2019 di San Jose California

Di dalam artikel ini saya akan kongsikan antara 10 perubahan Facebook yang wajib Usahawan online ketahui :

1. Paparan terbaru Facebook

Yang paling terkesan dalam tahun 2019 adalah berkaitan dengan paparan interface Facebook itu sendiri seperti yang anda dapat perhatikan di pada gambar di bawah ini.

5cc77c5bb14bf407d2350a32 960 579
Paparan terbaru Facebook yang bakal digunakan pengguna di Malaysua

Ini merupakan kali pertama Facebook menukar interface mereka semenjak tahun 2014 yang lalu. Re-design ini dinamakan juga dinamakan FB5.

Di dalam Interface yang terbaharu ini kita dapati bahawa bar berwarna “Biru” telah hilang dan Logo Facebook juga telah berubah.

2. Paparan tab Group berubah

Pada tahun ini Mark ingin menfokuskan kepada pembinaan komuniti. Oleh yang demikian beberapa penambahan penting telah dilakukan kepada Tab “Groups”

2019 05 05 0548
Paparan Tab “Group” yang terkini

Group akan lebih mudah untuk dicari dan facebook akan mengesyorkan Group yang mungkin berkaitan dengan minat kita.

Katakan anda minat berkaitan dengan Fotografi, apabila anda menekan butang Discover anda akan dapat lihat lebih banyak group berkaitan dengan fotografi yang anda boleh join.

3. Katalog dalam Whatsapp Business

Ini merupakan berita yang baik untuk usahawan online yang menggunakan Whatsapp untuk Close Sale.

Di dalam Whatspp For Business akan ada Fungsi untuk anda meletakkan katalog bagi memaparkan produk anda.Jadi anda tidak perlu lagi untuk membawa customer anda ke website untuk melihat senarai produk yang anda tawarkan.

katalog Whatsapp
Paparan Katalog bagi Whatsapp Business yang terbaru 2019

4. Direct Payment melalui Whatsapp

Bukan sahaja ada penambahan katalog, malah akan ada satu fungsi untuk membolehkan customer menekan satu butang untuk terus membuat pembelian.

Fungsi ini telah diuji di India dan akan di aktifkan kepada pengguna whatsapp di negara lain secara berperingkat.

Direct Payment Whatsapp
Direct Payment Button di dalam Whatsapp

5. Applikasi Messenger yang Pantas

Messenger adalah antara tumpuan yang paling penting dan mendapat perhatian di dalam persidangan tersebut.

Facebook akan melakukan penambahbaikan dengan mengurangkan size applikasi ini sehinga 30MB (3 kali lebih kurang dari apps ketika ini) dan berupaya untuk dibuka sepantas kurang dari 2 saat.

Speed messenger
Pembinaan Applikasi Messenger yang lebih pantas

6. Messenger + Whatsapp + Insta

Yesza…ini adalah satu penambahbaikan yang sangat mengujakan seluruh dunia online

Buat pertama kalinya anda boleh berhubung dengan mereka di dalam Whatsapp dan Instagram hanya menggunakan applikasi messenger sahaja.

instamessengerwhatsapp
Hanya menggunakan Messenger anda boleh berhubung sekali dengan mereka di platform whatsapp dan Instagram

7. Desktop Applikasi Messenger

Untuk memudahkan penggunakan Messenger ini secara menyeluruh Facebook bakal mengeluarkan messenger versi desktop (sama seperti Whatsapp desktop)

Dan yang menariknya lagi ianya juga datang dengan tema “Dark Mode”

Desktop applikasi messenger
Messenger apps versi desktop

8. Fungsi Booking dalam Messenger

Buat pertama kalinya akan terdapat fungsi Booking di dalam applikasi messenger. Ianya akan memudahkan anda untuk setup appointment dengan client melalui messenger sahaja.

Appointment Booking

9. Fungsi Shopping Tag di Instagram

Baiklah untuk instagram pula akan ada fungsi Shopping Tag. Dengan fungsi ini Follower boleh terus membeli dengan menekan Tag di dalam gambar. Pada ketika ini, di Malaysia hanya beberapa jenama dan Influencer sahaja yang mempunyai fungsi ini.

Anda boleh melihat Instagram @fashionvalet.com untuk mencuba fungsi ini.

Shopping Tag
Contoh penggunaan Shopping Tag

Selain daripada 10 perubahan di atas ini, ada juga beberapa perubahan yang tidak saya letakkan di sini kerana ianya tidak berapa relevan untuk peniaga online.

Tetapi jika anda inginkan maklumat lanjut berkaitan perubahan lain , saya ada sediakan video khas di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana anda tukar STRANGER Menjadi BUYER tegar Untuk Bisnes Anda

Nak Bagi Percuma Jer!

Scroll to Top